Famili

5 Cara Hukuman Ini Bahaya Untuk Anak, Ibu Ayah Jangan Buat!

6
SHARES

Ilmu penjagaan anak-anak perlu dipelajari oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak membesarkan dengan keadaan mental dan fizikal yang sihat. Dalam proses mereka membesar, terdapat pelbagai kerenah atau perangai baharu yang akan dilakukan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu cara untuk menegur anak-anak dengan betul agar tidak memberikan kesan yang mendalam pada mereka di kemudian hari.

Baca juga: Tips Pulihkan Emosi Si Isteri Yang Stres & Sedih, Baru Kekal Harmoni

Saya paling takut bila mak ayah jadi tertekan dan naik angin bila menguruskan ramai anak kecil di rumah. Mudah sangat jadi hilang kawalan dan mula menghukum anak dengan cara yang sebenarnya sangat bahaya pada mereka. 

1. Pukul kepala dan muka anak 

Banyak organ yang penting ada pada kepala anak. Kepala anak yang dipukul boleh tercedera sehingga berlaku gegaran (cerebral concussion) dan pendarahan dalam otak. Tempurung kepala boleh retak.

Mata boleh cedera sehingga cacat penglihatan anak. Telinga boleh cedera hingga boleh pecah gegendang telinga.

2. Campak anak ke lantai dan dinding

Bila terlalu marah, ada anak yang dicampak umpama patung permainan. Kesannya, dahi jadi luka, tangan patah, bibir pecah, badan jadi sakit sebab lebam.

3. Baling barang pada anak

Objek yang keras boleh mencederakan anak. Buku atau permainan yang dibaling boleh buatkan anggota badan anak luka berdarah.

Menghukum anak mestilah dengan niat untuk mendisiplinkan anak dan bukannya untuk mencurah segala rasa marah pada anak.

4. Pukul sampai luka dan lebam

Lebam dan luka pada badan anak yang kecil dikira keterlaluan. Tak patut untuk seorang budak menanggung sakit disebabkan lebam berhari-hari lamanya.

Jangan terkejut kalau anak menyimpan dendam sehingga mereka sudah dewasa.

5. Menggoncang anak

Inilah yang paling ditakutkan. Bayi atau anak kecil yang digoncang terlalu kuat. Akibatnya sangat teruk. Anak boleh ada pendarahan yang banyak dalam otak sehingga seluruh otak bengkak, ada pendarahan dalam mata dan patah tulang rusuk serta tulang belakang. Inilah yang dinamakan sebagai ‘Shaken Baby Syndrome’.

Menurut buku bertajuk “Shaken Baby Syndrome: A Multidisciplinary Approach”, dilaporkan 15-30% bayi yang mengalami keadaan ini meninggal dunia dan hanya 10% sembuh tanpa sebarang kecacatan otak.

Minta tolong sangat kawan-kawan sebarkan ilmu ini pada mak ayah yang lain. Tersilap sekali, menyesalnya seumur hidup. Jika terlalu stres, dapatkan bantuan ahli keluarga yang lain dan jauhkan sekejap diri dari anak-anak.

Sumber: Facebook Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×