Orang selalu berkata “anak pembawa rezeki”, maka tidak hairan ramai pasangan suami isteri mengambil keputusan untuk melahirkan zuriat yang ramai. Sayangnya, ramai dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak ramai tidak sedar akan kemampuan diri mereka yang tidak seberapa.
Anak lebih dari tiga orang, tetapi bilik hanya tiga sahaja. Maka, hilanglah privasi ibu bapa dan kuranglah batas antara anak lelaki dan perempuan.
Baca juga: Encik Suami Jangan Berani Sembunyi Apa-Apa Tau, Isteri Ni Ada ‘Gerak Batin’ Cepat Boleh Hidu!
ANAK PEMBAWA REZEKI TAPI DIANIAYA IBU BAPA SENDIRI
Lagi menyedihkan apabila rumah yang dihuni hanya mempunyai kain nipis sebagai tirai. Kesian pada anak-anak yang tiada privasi mereka sendiri.
Bak ayat nasihat yang dikongsikan Shifa Kamardin ini, sekiranya hak anak yang paling minimum iaitu privasi seperti bilik pun tidak mampu disediakan, janganlah berharap untuk tambah anak lagi.
Baca juga: Mulut Masyarakat Suka ‘Mengata’ Wanita Tak Kahwin, Inilah 5 Gangguan Diterima ANDARTU!
Sebelum nak tambah anak, tambah bilik dulu
Aku ternampak satu video ada seorang doktor ini cakap, paling minimum benda yang perlu dipertimbangkan sebelum tambah anak adalah tengok keadaan rumah kita dulu.
Aku terus macam, zaapp! Terus dapat tangkap apa yang beliau nak sampaikan.
Sebab kan sebelum tambah anak, kena semak semula, mampu atau tidak kita sebagai ibu ayah sediakan bilik berasingan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan.
Lepas itu, bayangkan kalau anak-anak pula ramai macam sepasukan bola sepak, takkanlah nak sumbat anak-anak duduk sekali dalam bilik yang sempit macam sekangkang kera itu?
Sedangkan bilik itu muat satu katil bujang atau paling besar pun katil kelamin. Dah la binaan rumah sekarang makin sempit kaki per segi.
Itu tak kira lagi nak letak almari dan set meja belajar. Boleh bayanglah sempit betul.
Kalau tak muat, bentang toto dekat ruang tamu, tidur ramai-ramai dekat situ. Bila nak buat hubungan kelamin, kena sorok sana sini.
Baca juga: Tak Dapat No.1 Anak Gant*** Diri Pakai Kain Telekung, Ibu Ini Dedah Cerita Untuk Jadi Pengajaran!
Kes suami kahwin dua duduk serumah dengan berbelas anak
Tiba-tiba teringat kes sebuah keluarga ini hidup dalam keadaan melarat. Duduk di rumah flat, anak pula berbelas-belas orang.
Tapi ada DUA ISTERI! Duduk sekali bersama dua orang isteri tu dalam satu rumah. Isteri kedua pula tengah mengandung anak ke berapa entah masa itu.
Bilik pula hanya halang dengan kain langsir nipis itu saja sebagai pemisah! Kemudian, tagih bantuan orang ramai untuk tolong keluarga mereka. Sedangkan lelaki tu kuat dan sihat.
Weh, tak boleh bayang!
Anak perempuan pula nak mandi atau bersiap, tak ada privasi sebab ayah dan adik-beradik lain nampak. Dengan tandas ada satu saja. Jenuh berebut.
Asyik cakap anak itu rezeki tapi hak minimum mereka tak mampu disediakan
Orang asyik kata anak rezeki. Tapi hak anak-anak yang paling minimum pun tak mampu nak sediakan.
PRIVASI MEREKA.
Lepas lunaskan bab privasi, barulah boleh bincang hak mereka yang lain seperti pendidikan atau kesihatan. Ini kalau yang paling minimum sekali pun tak dapat nak sediakan, toksah sembang bab tambah anak.
Nak membesarkan anak memang mahal kos dan tinggi usaha
Aku pesan pada adik-adik aku, nak tambah anak, pastikan pindah rumah yang lebih selesa. Cari rumah yang kondusif untuk membesarkan anak. Bukan ala kadar saja.
Usaha mestilah kena lebih. Nak bela anak, kos memang mahal. Mahalkan sikit usaha tu.
Orang tua aku walaupun anak ramai, bilik dekat rumah kami ada 4. Memang sangat cukup pun. Tambah pula rumah kampung, memang luas lah.
Ini kalau duduk di bandar, rumah pula macam sangkar burung, bilik air pun hanya ada satu, janganlah aniaya anak-anak atas kebodohan diri.
Ini baru bab duduk rumah sewa atau rumah sendiri.
Kalau yang duduk sekali di rumah mak ayah dengan adik-beradik yang masih bujang? Beranak-pinak pula kat situ? Bayangkan?
Baca juga: Individu Kena ‘Basuh’ Lepas Komen, “Taat Kepada Suami Itu MUTLAK Biarpun Dia Jahat Sekalipun!”
Bukan sekadar isu rezeki tapi amanah yang dipikul terhadap anak-anak
Ini bukan berkisarkan rezeki semata-mata tapi amanah yang kita pikul terhadap anak-anak. Islam ini mudah sebenarnya. Cuma kita saja yang suka menyulitkan situasi.
Shifa Kamardin, Tutor Bahasa Melayu.
Bukan nak mengajar, cuma nak berkongsi pandangan dan sedikit pengalaman hidup yang datang daripada keluarga yang besar.
Baca juga: Biodata Mirzan Meer Pewaris Habib Jewels, Berjaya ‘Tambat’ Hati Bintang Terkenal Indonesia
Sumber: Shifa Kamardin
FT Image: pngtree / Balqis Mohd Zaiki