Memberi nafkah merupakan tanggungjawab suami kepada isteri yang wajib ditunaikan. Namun, masih ada suami yang selesa guna gaji isteri buat perbelanjaan rumah sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam diri isteri.
Kadang-kadang konflik ini tercetus dek kerana, sama ada gaji suami isteri di tahap yang sama atau gaji isteri lebih tinggi. Maka, timbullah isu gaji isteri sering dipergunakan sebagai perbelanjaan rumah.
Baca juga: Nak Tuntut Cerai Suami Ikut Ajaran Sesat, Wanita Ini Minta Tolong Sebab Buntu Tiada Bukti!
TANGGUNGJAWAB SUAMI KEPADA ISTERI: ISU BELANJA GAJI ISTERI
Sekali-sekali mungkin tidak mengapa kerana isteri juga ada sikap bertimbang rasa. Namun, bila selalu berlaku isteri mula dalam dilema dan memendam rasa, manakala suami pula berasa selesa.
Jadi, bagaimana untuk menguruskan konflik kewangan yang terjadi antara suami isteri ini? Saudara Azizul Azli Ahmad berkongsikan 8 pendekatan yang boleh diambil oleh pasangan suami isteri di luar sana.
Isu belanja gaji isteri
Dilema ini sering kali berlaku dalam rumah tangga hari ini, bukan soal tanggungjawab sahaja. Ia juga soal gaji suami-isteri ini memang kecil sahaja.
Isteri dilema dan akan mudah terasa hati bila gaji mereka selalu digunakan suami. Suami pula, bila isteri selalu bagi dia mula rasa selesa dan anggap itu biasa.
Nak cakap nanti ada yang kecil hati, maka mendendam rasa. Lama-lama mula timbul bibit rasa kecewa dalam jiwa.
Baca juga: Lelaki Setia Dapat Tahu Kekasih Hidap Kanser, Temani Hingga Meninggal Dunia Sebagai Isterinya!
Baca juga: Suami Ini Rasa Berdosa Marahkan Isteri Kerana RM20, Sedih Bila Tahu Kisah Sebenar…
8 PILIHAN PENYELESAIAN KONFLIK KEWANGAN SUAMI ISTERI
Berikut adalah beberapa pilihan yang boleh diambil:
1. Bincang Secara Terbuka
Adakan perbincangan jujur tentang kewangan. Terangkan tentang situasi kewangan dan bagaimana ia memberi kesan kepada isteri. cari waktu yang baik dan selesa. Bancuh kopi yang suami paling suka.
2. Tetapkan Bajet Bersama
Buat bajet bulanan yang jelas untuk perbelanjaan rumah. Ini membantu kedua-dua pihak memahami keperluan dan had kewangan.
3. Simpan Wang Secara Berasingan
Pertimbangkan untuk mempunyai akaun simpanan berasingan untuk setiap orang. Ini memberi ruang untuk simpanan peribadi. Susah macam mana pun kena menyimpan.
4. Fokus pada Perbelanjaan Perlu
Utamakan perbelanjaan yang penting dan cari cara untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.
Baca juga: Suri Rumah Kini Ramai Graduan Universiti & Serba-Serbi Pandai, Sinki Rosak Baiki Sendiri Je!
Baca juga: Suami Rajin Uruskan Anak Bukan Tanda Dibuli & Isterinya Pemalas, Tapi…
5. Cari Pendapatan Tambahan
Isteri boleh mencari peluang untuk menjana pendapatan tambahan, sama ada melalui kerja sambilan atau perniagaan kecil-kecilan.
6. Tingkatkan Pengetahuan Kewangan
Belajar tentang pengurusan kewangan dan pelaburan. Ini dapat membantu isteri lebih memahami dan membuat keputusan kewangan yang lebih baik. Bacalah buku Abah Qilah, penat dia mengarang nak bagi hampa pandai!
7. Tentukan Batasan
Jika perlu, tetapkan batasan berapa banyak yang boleh dibelanjakan oleh suami dari duit isteri, agar tidak membebankan kewangan isteri. Jika tidak kita akan selalu makan hati berulam strawberry.
8. Dapatkan Nasihat Pihak Ketiga
Jika situasi semakin rumit, pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat dari kaunselor kewangan atau pakar kewangan.
Puan-puan, memahami dan berkomunikasi tentang kewangan adalah kunci untuk mengelakkan konflik dalam perhubungan.
Baca juga: Isteri Belajar Tinggi Bukan Saingan Suami, ‘Maharani’ Ini Mampu Bina Anak Berkualiti!
Sumber: Azizul Azli Ahmad
FT Image: Google