Lelaki setia, itulah yang dapat penulis labelkan kepada seorang pemuda ini. Dia sentiasa berada di samping wanita dicintainya yang diuji dengan penyakit membunuh, begitu meruntun jiwa ramai orang.
Berita kekasihnya yang diagnosis kanser semasa memasuki empat tahun lebih usia perkenalan mereka, tidak membuatkan dia meninggalkan wanita disayanginya itu sehingga meninggal dunia sebagai seorang isteri.
Baca juga: Dua Beradik Cilik Juara Memanah Berkuda Dengan Dana Sendiri Di Perancis, Kalahkan 15 Negara!
LELAKI SETIA INI BUAT WARGA MAYA BERDUKA SAMA
Menerusi perkongsian video bergambar di Tiktok @amrloq , difahamkan bahawa isterinya itu diuji dengan penyakit kanser hampir empat tahun yang bermula pada tahun 2021, sewaktu mereka berdua masih di peringkat perkenalan.
Baca juga: Suami Ini Rasa Berdosa Marahkan Isteri Kerana RM20, Sedih Bila Tahu Kisah Sebenar…
“Hari ini, 23 Ogos genap sebulan sayang pergi buat selama-lamanya menghadap Ilahi. Someone said time will heal all the wounds. But in reality, the pain still feels the same.
“Hampir 4 tahun, sayang diuji dengan ujian yang tak mampu manusia biasa hadapi. Ujian yang sangat berat and sayang redha dengan semua ketentuan Allah dah aturkan untuk sayang.
“Berehatlah isteriku. I know you’re in the better place now isteri solehahku,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.
“Minta sedekahkan al-Fatihah dan doa buat Siti Nor Atirah binti Asmah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman, bersama para solehah dan diampunkan segala dosa. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Aamin,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Baca juga: Berakhirnya Pagi Tadi Perjuangan Bayi IVF Hadapi Sindrom Jarang Berlaku, Undang Sebak!
Atirah tidak pernah tinggalkan solat 5 waktu biarpun diuji dengan kesakitan
Berdasarkan gambar yang berlayar, dapat dilihat kronologi kisah hidup mereka berdua dari babak permulaan mereka berkenalan sehingga sah menjadi suami isteri dan berakhirnya hidup Siti Nor Atirah bertemu Maha Pencipta.
Siti Nor Atirah seorang wanita hebat yang tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu biarpun tubuhnya diuji dengan kesakitan dan biarpun berada di fasa tenat. Dia sentiasa tersenyum manis dan menunjukkan dirinya sebagai seorang yang kuat semangat.
Sebelum Athirah menghembuskan nafasnya, penulis difahamkan 2024 merupakan tahun pertama dan terakhir mereka beraya sebagai sepasang suami isteri.
Arwah juga sempat menghadiri majlis graduasinya pada 2022 dan bergelar sebagai seorang graduan ijazah.
Warga maya titipkan kata-kata semangat
Meninjau di ruangan komen, orang ramai mula membanjiri dengan kata-kata semangat dan turut berduka cita.
“Kenal arwah daripada UM. Bukan wajah saja cantik, hati budi pekerti pun cantik. Syurga buatmu Atirah.
“Walau dah tahu kekasih ada kanser kau tetap halalkan dia dan jaga dia. Bang, sumpah aku respect kau! Semoga dipermudahkan urusan, dilancarkan rezeki dan setiap langkah dilindungi. Aamin.
“Sempat ziarah arwah waktu sakit, memang seorang yang sangat baik walau hanya beberapa kali jumpa. Allah sayang Atirah.
“Arwah ibu pun macam ini. Solat tak tinggal. Salam takziah.
“Bang, aku menangis tanpa sebab walau tak kenal korang. Semoga awak tabah dan menjalani hari dengan senyuman. Cantik sangat isteri abang. Semoga kuat,” antara komen warga maya.
Al Fatihah buat Allahyarhamah Siti Nor Atirah Binti Asmah.
Baca juga: Wanita Ini Bersyukur, Bila Nak Hujan Jiran Cina Tolong Alih ‘Parcel’ 8kg & Angkat Kain Jemuran!
Sumber: Tiktok @amrloq
FT Image: Tiktok @amrloq