Famili

Kucing Sakit Sanggup Ambil EL Tapi Staf Cakap Belakang “Kucing Je Pun”, Lepas Ditegur Ramai Tersentap!

52
SHARES
kucing sakit

Selain pasangan sendiri, di mana lagi tempat untuk mencurahkan kasih sayang kalau tidak pada haiwan peliharaan seperti kucing. Sanggup mengambil cuti kecemasan apabila kucing sakit, untuk dibawa ke klinik haiwan.

Apatah lagi, sekiranya anda adalah pasangan yang belum dikurniakan anak, jadi kucinglah yang ditatang bagai minyak penuh. Itulah cabaran berbeza yang dihadapi setiap orang dan cara mengatasi situasi sulit atau tekanan hidup yang dihadapi.

Baca juga: Suri Rumah Kini Ramai Graduan Universiti & Serba-Serbi Pandai, Sinki Rosak Baiki Sendiri Je!

KUCING SAKIT STAF AMBIL EL, RAMAI CAKAP BELAKANG

kucing sakit

Gambar: Khairy Malik

Jadi, jangan pernah menghakimi atau berkata buruk apabila seseorang di sekeliling anda sedang berusaha mengatasi masalah yang dihadapinya.

Begitulah peringatan dan teguran yang diterima Khairy Malik dan rakan sekerjanya yang lain akibat ‘berbunyi’ di belakang, di saat seorang staf berhadapan isu kucingnya yang kesakitan.

Baca juga: Wanita Ini Bersyukur, Bila Nak Hujan Jiran Cina Tolong Alih ‘Parcel’ 8kg & Angkat Kain Jemuran! 

Mulut berbunyi belakang “Kucing je pun”

Dulu pernah ada seorang staf ini, ada satu hari dia EL (emergency leave). Emergency nya apa? Dia bawa kucing dia yang sakit pergi vet sebab dia risau kucing dia sakit semalaman, tapi vet cuma buka siang.

Jadi, banyaklah yang berbunyi belakang. Termasuk aku. Haha

“Kucing je pun”

Seorang ini tegur bahawa cabaran setiap orang itu berbeza

Sehinggalah seorang collegue ini bagitahu, bahawa cabaran kita ini tak sama untuk semua orang. Kita dikurniakan dengan anak, ada cahaya mata.

Tapi staf tu dah kahwin lama tapi belum rezeki. Jadi kucing-kucingnya lah tempat dia mengadu.

“Kita stress tempat kerja, balik rumah tengok muka anak, kita happy.

“Tapi dia tidak sebab dia tak ada anak. Jadi, kalau dia balik rumah tengok kucing dia, dia happy.”

Baca juga: Suami Ini Rasa Berdosa Marahkan Isteri Kerana RM20, Sedih Bila Tahu Kisah Sebenar…

Masing-masing terus tersentap

Waktu itu sentaplah juga masing-masing. Dan dia sempat tambah,

“Khairi sebab itu aku tak judge kalau kau sentiasa meluah dekat media sosial sebab dekat rumah you don’t have someone to talk to.Orang lain balik rumah, ada wife, ada husband, ada anak. Boleh berinteraksi dan berbual dengan anak.

“Kau nak berinteraksi dengan kucing, tapi kucing tak boleh bagi respons dan jawapan macam manusia bagi. Kucing tak boleh bagi opinion, persuading words dan replies macam manusia bagi.

“Mungkin kau nak call atau mesej orang pun, orang not always available for you, that’s why you jot down things on your social media.

“Jadi, aku anggap luahan kau dekat media sosial tu cara kau talk to somebody, dan kau akan rasa okay bila someone replied and comment on your posts, sebab as if someone is communicating with you.”

Waktu itu aku tak perasan pun. Tapi aku macam, “eh ye ke?”

Tapi betullah. Orang lain, balik saja kerja dia campak phone dia tak payah tengok handphone, terus fokus famili dan berinteraksi dengan famili.

Baca juga: Modal Dah Keluar Baiki Rumah Pusaka & Tiba-Tiba Waris Datang Tuntut, Peguam Beri Panduan!

Teguran strategi setiap individu dalam mengatasi situasi sulit

Tak. Post ini bukan pasal kesunyian ke suruh cari pasangan atau berumah tangga ke apa. Jauh sekali.

Tapi setiap orang lain ‘coping mechanism‘ dia. Dia fokus dekat kucing sebab dia tak ada anak macam orang lain. Dia aktif media sosial sebab dia tak ada someone to talk to in real life.

Maybe orang itu pun tak perasan dia buat sesuatu benda itu sebagai ‘coping mechanism’ dia.

Kita cuma mampu memberi komen dan mengata sebab kita ada benda yang dia tak ada, sebab kita mempunyai perkara yang dia tidak miliki.

Rich people don’t think money is big issue coz they have it. Be nice to everyone.

Baca juga: Perkongsian Bijak Wanita Ini Urus Kewangan & Berjimat, Buat Ramai Kagum & Ikut Jejaknya!

Sumber: Khairy Malik

FT Image: Khairy Malik / Janelle Leeson-Business Insider

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×