Adat hidup berjiran di Malaysia, sudah terkenal dengan sikap rakyatnya yang saling tolong-menolong. Hal ini termasuklah, meminjam bahan-bahan masakan seperti garam, bawang dan sebagainya dari rumah jiran. Perbuatan tersebut bukanlah pelik di mata masyarakat kita.
Namun, lain ceritanya dengan perkongsian Public Health Malaysia (PHM) ini. Di mana, seorang anak yang begitu pelik dengan sikap emaknya yang sering meminjam garam dengan jiran, sedangkan ia sudah banyak di rumah. Siapa sangka perbuatan emaknya itu terselit satu perkara yang wajar dijadikan ikutan semua.
Baca juga: Lepas Laluinya Sendiri, Wanita Ini ‘Respect’ Para Ibu Yang Berhenti Kerja Uruskan Anak-Anak!
HIDUP BERJIRAN
Ini kisah yang boleh diambil tauladan.
Saya terdengar ibu saya meminta garam dari rumah jiran. Pelik sungguh kerana kami ada garam di rumah. Lebih dari cukup.
Saya bertanya kepadanya,
“Mengapa mak mintak garam dari jiran, bukankah kita ada garam di rumah?”
Baca juga: Ibu Terkilan Markah Anak Rendah, Persepsi Berubah Bila Si Kecil Tunjuk Sifat Luar Biasa Di Sekolah
Mak menjawab,
“Kerana jiran kita orang susah dan mereka sering meminta sesuatu dari kita. Dari semasa ke semasa, mak juga meminta sesuatu dari mereka – sesuatu yang kecil dan murah dari mereka supaya merasa bahawa kita juga memerlukan mereka.
“Dengan cara ini, mereka akan merasa lebih selesa dan lebih mudah untuk terus meminta segala yang mereka perlukan dari kita.”
“Insha Allah, rezeki kita akan bertambah dan dimurahkan.”
Didiklah anak mempunyai nilai empati dan saling membantu
Ini yang saya pelajari dari ibu saya dan membantu saya memahami pekerja dan rakan di pejabat. Didiklah anak supaya ada nilai empati, rendah hati dan saling membantu.
Pergi ke mana-mana pasti urusan sentiasa dipermudahkan.
Baca juga: Kenali 10 Ciri WANITA MATANG, Paling Penting Tak Ada Perangai Kuat ‘Bitter’!
Apa kata warga maya?
Melihat di ruangan komen, ternyata ramai dalam kalangan warga maya yang pernah melalui pengalaman tersebut. Malah, mereka juga merindui momen bertukar barang yang dikenali sebagai sistem barter ini.
“Saya selalu buat bertukar-tukar lauk sambil bersedekah waktu Ramadhan. Kawasan jiran pun kawasan yang baik, saling mengenali. Sikap berbaik-baik perlu dipupuk dari awal dalam kalangan keluarga, jiran dan lain-lain agar kita saling menghormati sesama kita,” komen seorang warga maya.
“Mak saya dengan jiran-jiran pula kalau tak ada apa-apa dekat rumah malas nak pergi kedai, dia pinjam dulu dengan jiran sebelah-sebelah. Macam telur, gula, garam, bawang, serai, kunyit, cili, asam. Sebab kadang tu nak guna sikit, time tu juga macam tak berbaloi nak ke kedai. Tapi biasanya masing-masing halalkan je cakap tak perlu ganti. Vice versa,” kongsi netizen ini.
Baca juga: 5 Sejarah ‘Jammed’ Paling Lama & Teruk Dunia, Sampai Beri Kaunseling Psikologi Pada Pemandu!
“I love to shop in case datang mood nak masak semua dah ada lah konon, but never got the time hahaha. Jiran pula rajin masak tapi selalu tak ada barang. So, aku bagi barang, dia masak hantar balik huhuhu,” bijak juga cara netizen ini.
“Duduk kampung dulu memang lauk-lauk ini banyak. Contoh, kita bagi lauk dekat jiran kanan jiran kiri depan ke, dah kita akan ada 4 jenis lauk dekat rumah,” tulis seorang warga maya.
Sumber: Public Health Malaysia
FT Image: aboutislam / cookie_studio