Suami Isteri

Lepas Laluinya Sendiri, Wanita Ini ‘Respect’ Para Ibu Yang Berhenti Kerja Uruskan Anak-Anak!

11
SHARES
pengorbanan seorang isteri

Pengorbanan seorang isteri yang berhenti kerja untuk menguruskan rumah tangga sepenuh masa bukanlah keputusan mudah untuk dilakukan. Apatah lagi melepaskan kerjaya yang diminati.

Di mana, menguruskan anak-anak terutamanya yang masih kecil, merupakan fasa yang cukup ‘struggle‘ apatah lagi kalau suami tidak langsung membantu.

Baca juga: HARAM Lelaki Lain Pinang Wanita Dalam Iddah, Ibarat Ajak Isteri Orang Nikah!

PENGORBANAN SEORANG ISTERI

pengorbanan seorang isteri

Gambar: Terra Hillaria

Maka, disebabkan itu, suami jangan persiakan dan merasakan isteri yang duduk rumah tiada kerja nak buat dan jangan pelik kalau ada masanya rumah tidak terurus.

Namun, wanita yang bekerja jangan ingat seronok pula bila jadi suri rumah. Begitulah, pengalaman yang dilalui sendiri Terra Hillaria selepas bergelar ibu kepada dua anak.

Menurut Terra, apa yang dia bayangkan sebelum mempunyai anak dengan realiti yang sedang dia lalui setelah mempunyai anak memang jauh berbeza.

Secara tidak langsung, telah menerbitkan rasa kagum dan hormat yang tinggi dalam dirinya kepada wanita yang berhenti kerja untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu sepenuh masa.

Baca juga: ‘Parents’ Tak Sedar Buat 6 Tanda Ini Sebenarnya MEMBULI ANAK, Bila Besar Dia Buli Orang Lain Pula!

Dulu, saya confident boleh jaga urus sendiri 2 anak tanpa pembantu.

Dalam otak, saya sudah bayangkan. Bangun awal pagi cuci kain, sediakan beg mereka dan makanan, kasi mandi dan pakaikan anak-anak baju, hantar pergi taska, kemudian saya pergi kerja.

Petang ambil abang dulu kemudian baru adik. Sampai rumah bagi mereka fokus dengan permainan, saya masak lalu bagi anak-anak makan.

Lepas itu, bagi mereka mandi. Kemudian, baru saya mandi. Lepas itu, entertain anak-anak. Baru masuk tidur.

Baca juga: Isteri Belajar Tinggi Bukan Saingan Suami, ‘Maharani’ Ini Mampu Bina Anak Berkualiti!

‘Me time’ adalah waktu bekerja

Easy peasy kan? Tapi realitinya jauh panggang dari api hahaha.

Hampir depression saya melalui kehidupan ini. Sampai saya ada ketakutan untuk balik rumah sendiri.

Bagi saya, masa bekerja adalah ME TIME. Penatnya mengatur anak-anak tidak boleh disamakan dengan penat bekerja. Saya akui itu.

Dan saya sangat salute dengan kawan-kawan saya yang bekerja sebagai housewife. Anda sangat HEBAT. Jangan pernah rasa rendah diri sebab kerja kamu lagi susah dari kami yang bekerja.

Baca juga: Sebab Wanita Bujang Cepat Jatuh Cinta Dengan Suami Orang, 4 Faktor Ini Lelaki Bujang TIADA!

Jangan sia-siakan pengorbanan isteri berhenti kerja

Buat lelaki yang bergelar suami, jangan pernah mempersia-sia kan pengorbanan isteri kamu. Belajarlah untuk ucap terima kasih dengan mereka.

Kerana mereka telah mengorbankan nyawa, kerja dan masa mereka untuk menjadikan kamu sebuah keluarga yang sempurna.

Mengandung dan bertarung nyawa semasa bersalin sudah cukup besar pengorbanan seorang isteri.

Berhenti kerja untuk menjaga anak-anak bukanlah satu keputusan mudah untuk dibuat. Tidak mempunyai ME TIME juga satu pengorbanan yang dilakukan oleh sang isteri.

Belajar lah appreciate every little things happen in our life. I am grateful for what I already have. I am thankful for everything that happens in my life.

Baca juga: Letak Bantal Bawah Punggung Semasa ‘Bersama’ Khabarnya Bantu Hamil Cepat, Mitos Ke Fakta?

Sumber: Terra Hillaria

FT Image: independent /Terra Hillaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×