Asuh

Ibu Sering Rasa Bersalah (Mom Guilt) Pada Anak, Boleh Dapat Gangguan Mental!

7
SHARES
rasa bersalah

Siapa sangka, takhta sebagai seorang ibu boleh menimbulkan rasa bersalah yang tinggi dalam diri apabila melibatkan hal anak-anak. Perasaan bersalah seorang ibu (mom guilt) ini merupakan perkara biasa yang sering berlaku.

Namun, rasa bersalah yang tinggi ini boleh memberikan impak yang besar pada kesihatan mental si ibu jika tidak dapat mengatasinya dengan baik. Justeru itu, ketahui dengan lebih lanjut mengenai dilema mom guilt di bawah.

Baca juga: Belum Setahun, Bayi Sudah Mampu Sambung Bacaan Surah Lazim Alunan Ibunya!

RASA BERSALAH SEORANG IBU

rasa bersalah

Gambar: fizkes/Shutterstock.com

Maksud perasaan bersalah seorang ibu atau ‘mom guilt’

Mom guilt‘ adalah nama yang diberikan kepada perasaan bersalah dan malu yang dirasakan sesetengah orang apabila tidak memenuhi jangkaan diri sendiri atau orang lain sebagai ibu bapa. Ia seperti monolog dalaman yang memberitahu, bahawa anda gagal sebagai penjaga.

Pergolakan dalaman ini adalah sebuah pengalaman semula jadi yang akan dirasai, di mana ia melibatkan tanggungjawab dan ingin memenuhi piawaian hidup anda. Namun, anda tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan semua tugasan itu dalam sehari, yang anda fikir anda sepatutnya perlu lakukan.

Impak perasaan bersalah seorang ibu

Memetik petikan Cleveland Clinic, rasa bersalah yang menebal dalam diri, akan membawa ibu berdepan pula dengan masalah tekanan. Di mana, tekanan memberikan beberapa kesan ke atas kesejahteraan fizikal dan mental anda.

Pakar menyatakan, hidup dengan rasa bersalah dan tekanan yang kronik tidak memberikan sistem saraf anda masa henti yang diperlukan. Apabila tindak balas tekanan sentiasa dicetuskan, ia boleh membawa kepada penyakit kronik dan masalah kesihatan mental, termasuklah:

  • Kebimbangan (anxiety)
  • Kemurungan (depression)
  • Tekanan darah meningkat
  • Kadar denyutan jantung meningkat

Oleh itu, ibu perlu sedar bahawa melepaskan diri daripada rasa bersalah yang tinggi adalah satu keperluan diri yang penting.

Baca juga: Sedih Ada Yang Kata Suri Rumah Hanya Goyang Kaki, Bertenang Ini Kunci Untuk Rasa Positif

3 PERASAAN BERSALAH PARA IBU SERING RASA

Melalui portal The Asian Parent Malaysia, 3 jenis perasaan bersalah di bawah ini antara yang sering dialami oleh para ibu. Selain itu, terdapat cara terbaik untuk mengendalikannya.

1. Tinggalkan anak di tempat pengasuh

Berat kaki melangkah apabila perlu menghantar anak ke tempat pengasuh, namun apakan daya anda perlu pergi kerja. Ditambah pula, tular di media sosial yang mengatakan menghantar anak ke pengasuh adalah ibu yang tidak bagus.

Rasa bersalahnya…

  • Cara kendali: Jangan bimbang, semua ibu yang bekerjaya akan melalui perasaan ini. Sudah jadi tugasan pengasuh menjaga anak-anak orang yang bekerja. Sebaiknya, ibu bina hubungan yang sihat bersama pengasuh anda.

2. Beri anak makanan ringan

Mesti akan ada satu waktu, ibu berasa penat sangat hingga tak larat untuk memasak. Anak-anak pula teringin makan burger dan fries, maka anda pun membelikan untuk mereka.

Tiba-tiba anda teringat! Ia adalah makanan ringan dan tidak sihat.

  • Cara kendali: Bertenang! Makanan ringan memang tidak menyihatkan, tapi ia bukan beracun. Menurut pakar bionutrisi di Universiti Yale, makan makanan ringan sebanyak 2 kali seminggu masih memadai, asalkan anda memilih pilihan yang rendah lemak.

3. Guna TV atau iPad untuk mengalih perhatian anak

Televisyen (TV) sering menjadi ‘pengasuh’ utama pada anak-anak, tatkala ibu ingin fokus memasak atau mengemas rumah yang bersepah. Dalam hati kecil anda, pastinya rasa bersalah kerana membiarkan mereka leka menonton tv.

  • Cara kendali: Biarpun, American Academy of Pediatrics menyarankan kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah tidak harus menonton sebarang TV. Berikan si kecil menonton rancangan berbentuk ilmiah yang menarik dan block mana-mana rangkaian yang anda tidak gemar.

Baca juga: Ini 9 Kesalahan Remeh ‘Parents’ Sering Buat, Saat Baca Buku Pada Anak!

Tips lain mengurangkan perasaan bersalah

rasa bersalah

Gambar: Omooma

Bukan mudah menjadi seorang ibu yang terbaik, pasti akan ada kekurangannya ketika mendidik dan membesarkan anak-anak. Oleh itu, terdapat beberapa tips lain untuk mengurangkan perasaan bersalah ibu di luar sana:

  • Menghargai usaha anda
  • Melihat dari sudut pandang orang lain
  • Melihat emosi dari rasa bersalah ini dengan lebih mendalam
  • Sentiasa berfikiran positif dalam apa jua situasi
  • Percaya kepada diri sendiri
  • Kenali anak dengan lebih mendalam
  • Fokus kepada kualiti bukan kuantiti
  • Belajar memaafkan diri sendiri

Baca juga: Biar Lebih Fahami Al-Quran, Ini 6 Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Arab!

Sumber: Cleveland Clinic / The Asian Parent Malaysia

FT Image: togetherwell

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×