Asuh

Sedih Ada Yang Kata Suri Rumah Hanya Goyang Kaki, Bertenang Ini Kunci Untuk Rasa Positif

5
SHARES
fikiran positif

Bukan mudah untuk menggalas tugas sebagai seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Justeru itu, ini 5 tips untuk anda bersemangat dan fikiran positif sebagai individu penting yang sentiasa berada dan mengendalikan hal rumah sepanjang waktu.

Ikuti tips bermanfaat dari Wan Nur Syakira di bawah!

Baca juga: Luar Biasa! Makan Nanas Rupanya Boleh Tingkatkan Reproduktif Lelaki

FIKIRAN POSITIF SURI RUMAH TANGGA

fikiran positif

Gambar: freepik

Jadi suri rumah antara ruang mudah untuk sentiasa rendah diri. 5 tips untuk sentiasa bersemangat dan positif sebagai suri rumah sepenuh masa.

Baca juga: Suami Rajin Uruskan Anak Bukan Tanda Dibuli & Isterinya Pemalas, Tapi…

1. Rasa haibah dan bangga dengan jawatan suri rumah

Merasa haibah dan bangga dengan jawatan suri rumah. Hal ini kerana, kita juga berbakti dan bekerja. Hanya kita yang tahu apa kita buat dari buka mata hingga tutup mata.

2. Anda melakukan perkara hebat

Ketahuilah, kita juga melakukan perkara yang hebat. Jika kita tak merasa hebat dan mengangkat nilai diri, jadi bagaimana kita mahu hidup dengan bangga dalam melakukan kebaikan.

Allah ciptakan semua insan dengan sebaik-baik kejadian.

3. Pilih pempengaruh media sosial dan orang di sekeliling yang positif

Penting untuk pilih circle media sosial dan alam realiti yang positif. Jangan dekat dengan perkara yang negatif, ikuti suri rumah yang memberi inspirasi untuk kekal bersemangat.

Tengok cerita dan drama yang membangkitkan semangat, bukan kisah rumah tangga kacau bilau sahaja sentiasa. Masa kita yang sempit kerana tugasan rumah tangga, masa yang terluang itu isikan dengan perkara yang menghiburkan dan berkualiti tinggi untuk pembinaan diri.

Kita adalah apa yang kita baca, tonton dan dengar.

Baca juga: Betulkan Mentaliti, Kerja Rumah ‘Beban’ Bersama & Buatlah JADUAL, Bukan Tugas Isteri Semata 

4. Berdamai dengan takdir

Berdamai dengan takdir dan situasi serta be the best version of us in that situation (jadilah versi terbaik kita dalam situasi itu). Jadi suri rumah ruang untuk latih diri menjadi insan yang qanaah dan merasa cukup.

5. Sentiasa meningkatkan ilmu

Sentiasa upgrade ilmu. Andai kita tak disibukkan dengan ilmu, kita akan disibukkan dengan perasaan.

Membacalah. Carilah ilmu untuk mengurus anak-anak dan rumah tangga dengan professional. Jom jadi, suri rumah professional mengikut kemampuan kita.

Baca juga: Mulianya Wanita Berpendidikan, Belajar Tinggi Tapi Rendah Diri Masuk Dapur Demi Keluarga!

Sumber: Wan Nur Syakira

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×