Famili

Mulianya Wanita Berpendidikan, Belajar Tinggi Tapi Rendah Diri Masuk Dapur Demi Keluarga!

26
SHARES
wanita berpendidikan

Masih ada segelintir orang yang mempunyai pandangan serong terhadap wanita yang memiliki pendidikan tinggi dan dipenghujungnya memilih untuk menjadi seorang suri rumah tangga. Itulah realiti diterima oleh wanita berpendidikan daripada segelintir mereka yang mempunyai pemikiran agak kebelakang.

Bak kata Puan Rubi Hasman di hantarannya, belajar di universiti bukan semata-mata untuk mendapatkan kerja sahaja, tetapi belajar untuk mendapatkan ilmu kehidupan juga. Memiliki ijazah tetapi duduk di dapur, itulah wanita hebat dan mulia. Belajar tinggi ke menara gading, masih merendah diri masuk ke dapur untuk keluarga.

Baca juga: Jaga Adab Bila Orang Bawa Makanan Bau Kurang Enak, Jangan Sampai Terhina Rezeki Tuhan!

WANITA BERPENDIDIKAN MASUK DAPUR

wanita berpendidikan

Gambar: freepik

“Belajar tinggi tinggi last last duduk dapur juga”

Saya pernah jumpa dengan orang yang bagi saya pemikiran dia agak kebelakang. Bila sembang dengan dia, macam-macam yang saya dan suami buat dia rasa tak betul.

Bila dia tahu saya tak bekerja dalam bidang yang saya belajar dulu, katanya, “baik hang tak payah belajaq. Buat habis duit ja. Last last dok rumah jugak jaga anak.”

Lahh..

Masa itu sebenarnya banyak yang saya nak explain tapi saya memilih untuk diam sebab malas nak lawan orang yang lebih banyak “makan garam” ini.

Baca juga: Tempat Camping Murah & Lengkap Semua Kemudahan, Harga 1 Malam Tak Sampai RM50 Pun!

Baca juga: Betulkan Mentaliti, Kerja Rumah ‘Beban’ Bersama & Buatlah JADUAL, Bukan Tugas Isteri Semata 

Belajar tinggi bukan sekadar untuk dapat kerja tapi mendapatkan ilmu kehidupan

Bagi saya, belajar di universiti bukan semata mata untuk dapat kerja. Kita belajar untuk dapatkan ilmu kehidupan juga.

Bagi develop diri kita jadi orang yang bagaimana, membentuk peribadi diri dan pemikiran yang lebih positif. Paling best untuk kita gunakan mendidik diri dan generasi kita nanti.

Belajar tinggi tinggi juga bukan soal untuk dapat duit lebih banyak. Siapa yang lebih kaya dan berharta. Bukan.

Orang berilmu ini hantar di mana mana pon boleh survive. Dicampak hujung dunia pon pemikiran dia tak sama dengan orang yang kurang ilmu.

Ada ijazah tapi duduk dapur, itulah wanita yang hebat dan mulia. Belajar tinggi tinggi masih merendah diri masuk ke dapur untuk keluarga.

Dah lama tak jumpa pakcik itu. Apalah respon dia kalau tahu sekarang saya jadi ejen hartanah.

Baca juga: Masa Depan Anak Boleh ‘Gelap’ Jika Ibu Ayah Amalkan 7 Sikap Ini, Tak Sangka!

Sumber: Rubi hasman

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×