Famili

Tempat Camping Murah & Lengkap Semua Kemudahan, Harga 1 Malam Tak Sampai RM50 Pun!

97
SHARES
tempat camping menarik

Buat geng camping (berkhemah), jangan lepaskan peluang untuk pergi menerokai tempat camping menarik yang menghijau di D’Kelulut Campsite, Semenyih. Lokasi tersebut bukan hanya menyediakan tapak perkhemahan sahaja, malah terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan.

Melalui pengalaman yang dikongsikan saudara Mohamad Kholiq, selain dihamparkan pemandangan indah, pakej harga yang diberikan untuk semalaman juga berpatutan! Nak tahu lebih lanjut, ikuti perinciannya di bawah.

Baca juga: Cara Jimat Pergi KLIA2 Tak Sampai RM10 Pun & Tak Perlu Keluar Duit Untuk E-Hailing!

TEMPAT CAMPING MENARIK D’KELULUT, SEMENYIH

tempat camping menarik

Gambar: Mohamad Kholiq

Baru-baru ini kami pergi bercamping di satu campsite yang terletak di Semenyih iaitu D’Kelulut Campsite. Satu trip yang tak akan dilupakan. Dekat satu campsite sahaja boleh buat macam-macam aktiviti.

Kawasan boleh memancing

tempat camping menarik

Gambar: Mohamad Kholiq

Paling best, boleh memancing! Beginner bab mancing jangan risau, kami yang beginner ini pun tak kumpau, umpan saja kena cun.

Baca juga: Cara Mudah Tukar Suara Navigasi Waze & Lepas Rakam Boleh ‘Share’ Dekat WhatsApp!

Tempat hiking sesuai untuk orang tiada pengalaman

tempat camping Selangor

Gambar: Mohamad Kholiq

Selain memancing, boleh juga pergi hiking awal pagi untuk menikmati kelibat matahari yang mula memunculkan diri. View memang superbbb.

Sebenarnya apa yang terpampang dalam video hanya sebahagian saja, yang lain korang kena experience sendiri. Tak menyesal kami hiking pagi-pagi walaupun mulanya agak was-was akan kemampuan kami yang boleh kira tak pernah hiking ini.

Kiranya sesuai untuk level beginner macam kami.

Mempunyai kawasan sayur, buah dan madu kelulut

tempat camping Selangor

Gambar: Mohamad Kholiq

Ada jugak kebun-kebun sayur-sayuran dan buah-buahan. Owner baik sangat belanja sayur-sayur yang ada.

Nak tengok madu kelulut pun ada! Memang best lah!

Baca juga: Jom Bawa Anak-Anak Ke 15 Destinasi Riadah KL Ini, Tentunya Dekat Dengan MRT & LRT!

Kemudahan asas di tapak perkhemahan

tempat camping Selangor

Gambar: Mohamad Kholiq

Di campsite, kemudahan asas dan plug point itu ada. Sederhana tetapi memuaskan.

Sungai pun bersih dan selamat untuk anak-anak. Orang dewasa nak syok boleh naik sikit, ada bahagian yang dalam. Best nak mandi.

Harga yang berpatutan

Overall kami puas hati dekat sini. Harga yang sangat mesra rakyat, RM40/khemah/malam. Susah dah nak dapat harga macam ini kan?

Video suasana camping di campsite ini.

Baca juga: 7 Tips TRAVEL SOLO Buat Wanita, Perkara Do & Don’t Anda Perlu Patuh!

Maklumat lanjut D’Kelulut Campsite

  • Lokasi: D’Kelulut Campsite, Semenyih
  • Kemudahan: Tandas dan plug point ada
  • Keselamatan: Insha Allah selamat
  • Sungai: Ada bahagian dalam dan cetek
  • Telco: Tak ada line dekat sini tapi, owner campsite ada sewakan wifi starlink, RM5 untuk 2 user.
  • Harga: RM40/night all in + RM10 deposit sampah
  • Contact no: 012-225 0088

Baca juga: 5 Panduan Pergi Bercuti Ini Penting Untuk Semua Ingat, Terutama Pada ‘Waktu’ Begini!

Sumber: Mohamad Kholiq

FT Image: Mohamad Kholiq

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×