Famili

Cara Jimat Pergi KLIA2 Tak Sampai RM10 Pun & Tak Perlu Keluar Duit Untuk E-Hailing!

42
SHARES
cara jimat ke KLIA2

Tahukah anda, sebenarnya terdapat cara jimat ke KLIA2 bagi anda yang memilih untuk mengurangkan kos pengangkutan ketika menuju ke sana. Di Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan lapangan terbang yang memiliki KLIA 2 (Terminal 2) untuk rakyat merentasi sempadan negara atau negeri yang ingin dikunjungi.

Kalau nak tahu panduan perjalanan dan cara jimat ke KLIA2, ikuti perkongsian @elybaeraq melalui akaun X miliknya.

Baca juga: Cara Mudah Tukar Suara Navigasi Waze & Lepas Rakam Boleh ‘Share’ Dekat WhatsApp!

CARA JIMAT KE KLIA2

cara jimat ke KLIA

Gambar: @elybaeraq

Caranya mudah sahaja, pengguna perlu menaiki perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya dan berhenti di stesen terakhir iaitu Putrajaya Sentral yang hanya memakan kos perjalanan sebanyak RM9.40 saja.

Baca juga: 5 Panduan Pergi Bercuti Ini Penting Untuk Semua Ingat, Terutama Pada ‘Waktu’ Begini!

“Saya dah jumpa cara baru yang lebih murah untuk ke KLIA2. Hanya membelanjakan RM9.40 sahaja dengan menggunakan MRT ke Putrajaya Sentral dan tukar ke KLIA Transit.

“Saya memang suka berjimat dengan diri sendiri, sebab itulah saya tak nak gunakan pengangkutan e-hailing yang menelan kos RM75.

“Cara ini juga jauh lebih murah daripada menaiki kereta api ekspres,” tulisnya di ciapan menerusi aplikasi X.

cara jimat ke KLIA2

Gambar: @elybaeraq

Baca juga: 7 Tips TRAVEL SOLO Buat Wanita, Perkara Do & Don’t Anda Perlu Patuh!

Dia juga menjelaskan, perjalanannya menggunakan MRT tersebut adalah percuma berikutan dirinya menggunakan perkhidmatan My50 Unlimited Travel Pass (My50).

Buat pengetahuan pembaca, selain perkhidmatan My50 anda juga boleh menggunakan pas tanpa had iaitu RM5 sehari semasa menggunakan pengangkutan awam ini.

cara jimat ke KLIA2

Gambar: @elybaeraq

Semoga tips ini dapat membantu pembaca semua pergi bercuti dengan menyasarkan bajet murah dan jimat yang diidamkan.

Baca juga: Jom Bawa Anak-Anak Ke 15 Destinasi Riadah KL Ini, Tentunya Dekat Dengan MRT & LRT!

Sumber: X @elybaeraq

FT Image: @elybaeraq

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×