Euforia Bola 2026
Percutian

Nombor 1 Di Asia & Keempat Dunia! KLIA Jadi ‘Port’ Penerbangan Paling Terhubung Asia 2026

hab paling terhubung

Kalau selama ini Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi pilihan ramai untuk penerbangan ke luar negara, kedudukan terbaharunya dalam indeks OAG Megahubs 2026 membuktikan lapangan terbang itu masih mempunyai rangkaian penerbangan yang luas sebagai hab paling terhubung di Asia.

Baca juga: Raja Penyu Buat ‘Comeback’, Kali Ini 81 Biji Telur Jadi Buah Tangan Di Pesisir Pantai Rantau Abang!

KLIA NO. 1 ASIA & 4 DUNIA HAB PALING TERHUBUNG 2026

hab paling terhubung

Gambar hiasan kkday.com

Malah, KLIA kekal di tempat keempat dunia, sama seperti kedudukannya pada tahun lalu.

Berdasarkan laporan OAG, KLIA mencatat indeks ketersambungan 232.1 dengan 35,749 sambungan berpotensi serta 154 destinasi yang dilayan bagi tempoh September 2025 hingga Ogos 2026.

Destinasi bertambah, kapasiti naik 6.9 peratus

Walaupun jumlah potensi sambungan KLIA mencatat sedikit penurunan berbanding tahun sebelumnya, ada perkembangan positif dari segi rangkaian destinasi dan kapasiti.

Jumlah destinasi yang dilayan KLIA meningkat daripada 151 kepada 154 destinasi.

Dalam tempoh yang sama, kapasiti keseluruhan pula meningkat sebanyak 6.9 peratus. Menurut OAG, kadar pertumbuhan kapasiti itu merupakan yang tertinggi dalam kalangan hab utama di Asia Tenggara, kecuali Hanoi yang mencatat pertumbuhan lebih tinggi iaitu 11.8 peratus.

AirAsia pula menjadi syarikat penerbangan dominan di KLIA dengan 34 peratus bahagian kapasiti penerbangan.

Lebih menarik, KLIA turut menduduki tempat pertama dalam indeks Low-Cost Megahubs 2026 dengan hampir 15,000 sambungan berpotensi penerbangan tambang rendah merentasi 154 destinasi.

 

hab paling terhubung

Gambar hiasan airbus.com

Istanbul tempat pertama dunia

Di peringkat global, Lapangan Terbang Istanbul di Turkiye muncul sebagai lapangan terbang paling terhubung untuk tahun 2026. Istanbul naik satu anak tangga daripada tempat kedua pada 2025 dengan rangkaian kepada 337 destinasi di seluruh dunia.

Lapangan terbang itu merekodkan 89,456 sambungan berpotensi dengan indeks ketersambungan 265.4. Turkish Airlines menjadi syarikat penerbangan dominan dengan menguasai 80 peratus kapasiti di Istanbul.

Tempat kedua pula diduduki London Heathrow, diikuti Amsterdam Schiphol di tempat ketiga.

KLIA melengkapkan kelompok lima teratas, bersama Chicago O’Hare yang berada di tempat kelima.

Baca juga: Daripada Duduk Rumah Je Cuti Sekolah, Apa Kata Bawa Seisi Keluarga Ke 10 Air Terjun Cantik Ini!

Macam mana OAG tentukan lapangan terbang paling terhubung?

KLIA hab paling terhubung 2026

Untuk pengetahuan, OAG Megahubs 2026 merupakan indeks yang menilai tahap ketersambungan lapangan terbang antarabangsa utama di seluruh dunia dan mengikut rantau.

Penilaian dibuat dengan membandingkan jumlah sambungan penerbangan berjadual dengan jumlah destinasi yang dilayan oleh sesebuah lapangan terbang.

Bagi pengiraan sambungan, OAG mengambil kira semua kemungkinan sambungan antara penerbangan masuk dan keluar dalam tempoh enam jam, dengan sekurang-kurangnya salah satu penerbangan tersebut merupakan penerbangan antarabangsa.

Senarai destinasi pula berdasarkan penerbangan yang dilayan antara September 2025 hingga Ogos 2026.

Untuk edisi 2026, pengiraan indeks menggunakan hari paling sibuk bagi penerbangan global dalam tempoh setahun sehingga Ogos 2026, iaitu 2 Ogos 2026.

Secara keseluruhannya, OAG menganalisis 201 lapangan terbang sebelum menyenaraikan 50 hab antarabangsa paling terhubung di dunia.

KLIA bukan sahaja kekal dalam kelompok empat teratas dunia, malah terus menjadi hab paling terhubung di Asia bagi edisi 2026.

Sumber: Portal OAG Megahubs Index

FT Image: ACI / NSTP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×