Euforia Bola 2026
Famili

“Tak Sangka Kulit Kayu Boleh Jadi Baju Kahwin!”- Ambil Masa 6 Bulan, Hasil Tangan Suku Jakun Ini Luar Biasa

BUSANA PERKAHWINAN

Keunikan busana perkahwinan yang dihasilkan daripada kulit kayu menarik perhatian warganet selepas seorang wanita daripada suku kaum Jakun di Pahang berkongsi kisah mengenai pakaian yang dipakainya ketika mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian Themoon di Threads, dia menunjukkan busana perkahwinannya yang diperbuat daripada kulit kayu pokok terap dan mengambil masa kira-kira enam bulan untuk disiapkan.

Baca juga: “Dah Boleh Makan…”- Kepala Terkoyak & Pipi Berlubang Akibat Diserang Anjing, Adik Haira Jalani Pembedahan Plastik

BUSANA PERKAHWINAN KULIT KAYU TARIK PERHATIAN

BUSANA PERKAHWINAN

“Siapa cakap orang asli tak kreatif , haa ini la baju kahwin saya diperbuat daripada kulit kayu pokok terap. Ambil masa 6 bulan nak siapkan . Hai saya orang asli suku kaum jakun pahang,” jelasnya.

Menurutnya, busana berkenaan bukan dihasilkan olehnya sendiri, sebaliknya disewa daripada nenek saudara yang tinggal jauh daripadanya.

Menariknya, dia turut menjelaskan bahawa rekaan busana tersebut tidak ditetapkan mengikut kehendaknya, sebaliknya dia menyerahkan sepenuhnya kepada pembuat yang lebih berpengalaman untuk menghasilkan pakaian berkenaan.

Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang tertarik dengan keunikan pakaian tradisional berkenaan.

Tidak kurang juga yang menyangka Themoon merupakan pengantin baharu berdasarkan foto busana tersebut.

Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa majlis perkahwinannya sebenarnya sudah berlangsung pada 2024 dan kini mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata.

“Salam sejahtera semua, maaf ya tidak mampu nak balas komen satu per satu. Saya pengantin lama. Kahwin pada tahun 2024, anak 1 dah. Saya tak buat, just sewa dekat nenek sedara jauh saya,” tambahnya.

Katanya, ramai yang menghubunginya menerusi mesej peribadi untuk bertanyakan mengenai kelas pembuatan pakaian daripada kulit kayu.

Namun, dia menjelaskan bahawa dirinya tidak menawarkan sebarang kelas kerana busana tersebut hanya disewanya daripada nenek saudaranya.

Busana tradisional cetus perbualan

BUSANA PERKAHWINAN

Keunikan penggunaan kulit kayu sebagai bahan pakaian turut mengundang perbualan mengenai warisan masyarakat Orang Asli dan penggunaan bahan semula jadi dalam pakaian tradisional.

Seorang warganet mendakwa masyarakat suku asli di Riau turut menggunakan pakaian daripada kulit kayu terap untuk ritual adat, selain terdapat pakaian pelindung zaman kesultanan yang dihasilkan daripada bahan sama dan menjadi keras selepas sekian lama.

“Suku Asli di Riau masih menggunakan baju dari kulit kayu Torop juga untuk ritual adat. Bahkan baju zirah perang zaman kesultanan yang dari kulit kayu masih ada, sudah mengeras seperti besi,” tulisnya.

Komen itu turut menyentuh mengenai isu perubahan kawasan hutan yang menjadi sumber bahan semula jadi masyarakat berkenaan.

Dalam pada itu, ramai warganet memuji hasil busana tersebut yang disifatkan unik dan cantik, selain menganggap perkongsian berkenaan sebagai satu peluang untuk mengenali kepelbagaian warisan budaya masyarakat Orang Asli di Malaysia.

“Ya Allah unik betul. Cantik sangat,” puji warganet.

Baca juga: Penjawat Awam Dah Boleh ‘Standby’! Tempahan RPP Dibuka 22 September, Ini 14 Lokasi Disediakan

Sumber: Threads Themoon09

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×