Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi menjadi masyhur apabila berada di kedudukan pertama dalam ranking Prestasi Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) Global. Di mana, lapangan terbang KLIA berjaya mengatasi 355 lapangan terbang lain yang disenaraikan.
Menurut “AWW Departures Passenger Satisfaction Report KUL Benchmark Performance” Suku Ketiga 2024 oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI), KLIA mencapai skor sempurna 5.00 berdasarkan skala satu (lemah) hingga lima (cemerlang).
Baca juga: Nak Teriak Tengok Kereta Tenggelam Dek Banjir, Bertenang Cek 5 Komponen Ini Dulu, WAJIB!
LAPANGAN TERBANG KLIA
KLIA skor 5.00 dalam beberapa kategori
Prestasi KLIA itu juga mengatasi skor kepuasan keseluruan bagi Purata ASQ Global pada 4.32.
Lapangan terbang itu memperoleh skor 5.00 dalam beberapa kategori, mengatasi skor kepuasan keseluruhan bagi:
- Purata Panel Kastam iaitu 4.88
- Skor kepuasan keseluruhan bagi Purata Asia-Pasifik (4.77)
- Skor kepuasan keseluruhan bagi purata lapangan terbang yang mengendalikan lebih 40 juta penumpang setiap tahun (4.42)
Baca juga: Pokwe Tersohor Cipta ‘Rumahku, Rakitku’, Meski 3 Kali Banjir Rumahnya Berjaya Terapung Lagi!
Tempat pertama daripada 20 lapangan terbang untuk 3 kategori lain
Menurut laporan itu KLIA juga menduduki tempat pertama daripada 20 lapangan terbang bagi:
- Purata Panel Kastam (1/20)
- Purata Asia-Pasifik (1/100)
- Purata Lebuh 40 juta Penumpang (1/41)
Bagi pengalaman keseluruhan, KLIA mengekalkan skor sempurna 5.00, mengatasi Purata ASQ Qlobal (4.19), Purata Panel Kastam (4.79), Purata Asia-Pasifik (4.65) dan Purata Lebih 40 Juta Penumpang (4.31).
Kaji selidik yang dijalankan antara 1 Julai hingga 12 September 2024 iaitu meliputi maklum balas daripada 352 penumpang berumur 16 tahun ke atas.
Secara keseluruhan, 355 lapangan terbang menyertai “ASQ Departures Main Programme” pada suku ketiga 2024.
Baca juga: Ketahui 6 Cara DIY Periksa ‘Defect’ Rumah Baru, Senang Nak Tuntut Dari Pemaju!
Sumber: BERNAMA
FT Image: Wikipedia