DIY & Kraf

Nak Teriak Tengok Kereta Tenggelam Dek Banjir, Bertenang Cek 5 Komponen Ini Dulu, WAJIB!

11
SHARES
harta benda

Kerosakan harta benda seperti kereta akibat bencana banjir adalah perkara di luar kemampuan manusia. Sudah tentu perkara ini paling ditakuti oleh pemilik kenderaan kerana boleh membawa kepada kerugian besar atau ‘total loss’.

Justeru itu, selepas situasi mulai reda, segera lakukan pemeriksaan wajib terhadap 5 komponen kenderaan anda yang telah lama tersadai di dalam air banjir seperti dikongsikan oleh seorang pemuda di bawah.

Baca juga: Lelaki Guna Kayu & Tanah Liat Mainan, Berjaya Sekat Air Masuk Rumah, Dipuji Ramai!

HARTA BENDA ROSAK AKIBAT BENCANA BANJIR

bencana banjir

Gambar: TikTok @asnar.automotif.jerteh

4 KOMPONEN KERETA WAJIB DIPERIKSA AKIBAT DITENGGELAMI AIR BANJIR

Menerusi klip yang dikongsikan pengguna TikTok @asnar.automotif.jerteh, dia memaklumkan terdapat lima komponen yang perlu diperiksa pada kereta selepas ditenggelami banjir.

1. Minyak hitam

Pertama sekali adalah minyak hitam. Pastikan minyak hitam kereta berada dalam keadaan baik dan tidak bercampur dengan air.

2. Bearing tayar

Selain itu, komponen kereta ditenggelami banjir yang perlu diperiksa adalah bearing tayar. Pastikan ia berada dalam keadaan baik.

Langkahnya mudah sahaja, jika bearing tayar bermasalah ia akan mengeluarkan bunyi sewaktu tayar berputar. Perkara ini berkemungkinan tiada minyak pada bearing tayar disebabkan terkena banjir.

Baca juga: Tak Ingat Suami Ambil Syarikat Insurans Apa, Bila Kereta Rosak Ini Cara Pantas Untuk Isteri Tahu!

Baca juga: 7 Tips Berguna Ketika Banjir Besar, Baru Tak Gelabah Rumah Masuk Air!

3. Minyak gearbox

harta benda

Gambar: TikTok @asnar.automotif.jerteh

Seterusnya, komponen lain yang perlu diperhatikan adalah minyak gearbox. Walaupun setiap kereta mempunyai jenis gearbox yang berbeza namun ia masih menggunakan minyak.

Makanya, pemilik kereta perlu memeriksa pada bahagian ini.

  • Minyak gearbox berada dalam keadaan baik = berwarna merah
  • Minyak gearbox bercampur air = seakan merah jambu

4. Sistem brek

Menurut Asnar, terdapat dua bahagian brek utama yang perlu diperiksa iaitu minyak brek dan caliper brek.

Kenapa dua bahagian ini? Ini kerana kedua-dua bahagian brek itu menggunakan minyak. Jadi, apabila ia ditenggelami air beberapa hari, sistem brek ini terdedah kepada kepada kerosakan.

5. Nombor plat kereta

Akhir sekali, pastikan nombor plat kereta tidak hilang dibawa arus.

Semoga bermanfaat!

@asnar.automotif.jerteh

🎥 Inilah 5 Point Penting Check Kereta Selepas Banjir! 🌊🚗 🚨 Jangan biar masalah kecil jadi besar! Nak tahu lebih detail, komen “Nak tahu, abe kakak dehh!” di bawah dehhh 👇🔥 #TipsKereta #KeretaBanjir #asnarautomotif#TipsBengkel

♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Baca juga: 5 Tips Penting Jawab Soalan Temu Duga, Bila Tahu Kuncinya Kurang Rasa ‘Nervous’!

Sumber: TikTok @asnar.automatif.jerteh

FT Image: TikTok @asnar.automatif.jerteh / pandulaju

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×