Didik

5 Tips Penting Jawab Soalan Temu Duga, Bila Tahu Kuncinya Kurang Rasa ‘Nervous’!

2
SHARES
jawab soalan

Siapa tak gembira, apabila dipanggil untuk menjalani proses temu duga kerja. Hal ini kerana, anda sudah peroleh sebanyak lima puluh peratus peluang untuk mendapat surat tawaran kerja.  Asalkan anda tahu teknik jawab soalan temu duga dengan betul, pastinya peluang seratus peratus diterima bekerja akan tercapai!

Justeru itu, bagi membantu menggapai impian anda untuk diterima bekerja di syarikat yang diidamkan, ikuti 5 tips penting teknik menjawab soalan-soalan temu duga seperti dikongsikan oleh Amirul Aliif di bawah.

Baca juga: Raih 5 Anugerah, Ahmad Khidir Mendominasi SMJK Heng Ee & Dinobatkan Tokoh Pelajar Cemerlang!

JAWAB SOALAN TEMU DUGA DENGAN 5 TIPS PENTING!

jawab soalan

Gambar: istock

TIPS PENTING TEKNIK MENJAWAB SOALAN-SOALAN TEMU DUGA (SPA/SWASTA/DLL)

1. Dengar, hadam dan jawab

Kesalahan dalam kebanyakan calon temu duga adalah mereka terlalu terikat dengan ‘template jawapan’ yang telah disediakan sebelum sesi temuduga.

Calon selalu terperangkap dengan soalan-soalan diluar daripada jangkaan mereka terutama soalan pengetahuan Am dan soalan yang menuntut calon memberikan pendapat berkenaan isu-isu semasa.

2. Story boards (pengenalan diri)

Ini merupakan antara soalan wajib dalam sesi temu duga. Sebelum ingin mempengaruhi panel penilai, anda harus menguasai pengetahuan berkenaan dengan diri anda sendiri terlebih dahulu.

Nasihat saya anda boleh melaksanakan ‘SWOT analysis’ kendiri untuk melihat potensi dan kelebihan yang perlu di ‘highlight’ dalam sesi temu duga.

Contoh SWOT saya:

Strength (Kekuatan)

  • 2 Tahun pengalaman bekerja (dalam bidang jawatan yang dimohon)
  • Diploma UM, Ijazah sarjana muda UKM
  • People Skill (Komunikasi)
  • Kemampuan untuk menerima dan melaksanakan arahan

Weakness (Kelemahan)

  • English
  • Microsoft excel

Tujuan SWOT ini adalah untuk mewujudkan rangka pengenalan diri yang menonjolkan kelebihan calon dan bonus kepada calon yang mampu mengaitkan potensi diri dengan skop kerja yang dipohon.

Baca juga: Ibu Kota KL Dapat Top 9 Kuasai Bahasa Inggeris Di Dunia, Perak Pula Ungguli Negeri, Syabas Rakyat Malaysia!

3. Counter attack  

Sesetengah penemu duga gemar untuk mencari titik kelemahan kepada seseorang calon. Ada juga ketika di mana anda terpaksa mengakui ia di luar daripada kemampuan atau pengetahuan diri.

Contoh situasi:

  • Latar akademik berbeza dengan bidang pekerjaan di mohon
  • Tiada pengalaman bekerja
  • Ada pengalaman bekerja tapi tiada kaitan dengan jawatan dimohon

Contoh soalan:

“Mengapa anda ingin menjadi seorang guru, sedangkan anda merupakan seorang graduan sains politik?”

Contoh jawapan:

“Terima kasih YBsh. Tuan atas soalan. Saya mengakui bahawa bidang pengajian saya adalah berbeza dengan jawatan yang dipohon.

“Namun begitu, untuk pengetahuan Tuan sekarang saya berkhidmat sebagai seorang pegawai di Syarikat EXS Petroleum dan Gas. Walaupun ia adalah bidang yang berbeza dengan pengajian saya, namun saya dapat memahirkan diri dalam tugasan dan menjalankan amanah dengan sebaiknya.

“Tuan boleh melihat surat sokongan daripada syarikat saya berkhidmat sebagai rujukan. Begitu juga dengan jawatan ini jika pihak Tuan memberi saya peluang, maka saya berjanji akan menjadi seorang penjawat awam yang berintegriti dan seorang guru yang berdedikasi.”

Baca juga: Anak Tak Boleh Masuk MRSM Jika Ibu Bapa Dalam ‘Blacklist’ MARA – Datuk Rubiah Wang

4. Do dan Dont’s

jawab soalan

Do

  • Study (Latar belakang jabatan, syarikat, KSU, Menteri dan lain-lain) 
  • Research (sesi temu duga sebelum dan potensi soalan)
  • Smarts (Penampilan)

Dont’s

  • Jangan tanya terlalu banyak soalan, atau meminta panel mengulang soalan beberapa kali hanya untuk mengambil masa berfikir 
  • Jangan over 
  • Jangan tipu atau sembang kencang 
  • Jangan minta panel tukar soalan 

5. ‘If you win, you win. If you lose, you learn’

Teruskan usaha dan mencuba, moga tips ini bermanfaat buat anda yang sedang berusaha untuk mencari peluang yang lebih baik.

Baca juga: Ajarlah Anak Lelaki Pakai Deodoran, Barulah Tak Kena ‘Reject’ Ketika Interview Kerja

Sumber: Amirul Aliif

FT Image: istock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×