Nampaknya impian anak-anak yang ingin melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) boleh tidak tercapai, sekiranya ibu bapa mereka termasuk di dalam senarai hitam (blacklist) yang gagal melunaskan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Ini merupakan antara syarat baru yang ditetapkan oleh MARA.
MELANJUTKAN PELAJARAN DI MRSM
Namun, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, tindakan itu hanya bersifat sementara.
“Berkaitan sudut senarai hitam, untuk makluman ia bersifat sementara. Peminjam yang tidak bayar maksudnya ibu bapa (membuat pinjaman) usahawan contohnya untuk memastikan sistem perniagaan dapat dinaik taraf (akhirnya disenarai hitam kerana tidak bayar).
“Namun begitu, sistem senarai hitam ini kita kenakan apabila tiga bulan tidak bayar, namun ia bersifat sementara. Tujuannya kita hendak peminjam datang jumpa Mara dan selesaikan isu itu (tidak bayar pinjaman),” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.
Baca juga: [VIDEO] Bawa ‘Hanger’ & Getah Paip Ingatkan Rakan Solat, Gelagat Pelajar Lelaki Ini Tarik Perhatian!
Langkah perlu diambil sekiranya tidak mampu melunaskan hutang MARA
Ujarnya lagi, sekiranya ibu bapa tidak mampu melunaskan pinjaman MARA, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil.
“Kita tidak mahu perkara itu (tidak bayar pinjaman) berlanjutan (dan mahu) selesaikan. Kalau tidak mampu bayar, (mereka boleh buat pilihan) berapa mampu bayar, buat adjustment (penstrukturan) balik, pokoknya dia bayar pinjaman Mara.
“Kalau dia (ibu bapa) sudah bayar balik dan kebanyakan kes akan bayar dan senarai hitam itu secara automatik tidak ada lagi, akan dikeluarkan (daripada senarai hitam). Sebab itu sudut senarai hitam itu hanya sementara,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai syarat kemasukan ke MRSM. Juga, perancangan kementeriannya untuk hapus senarai hitam ibu bapa yang meminjam dengan agensi terlibat bagi memberi peluang kepada anak-anak memohon kemasukan ke sekolah berkenaan.
Baca juga: Bank Kenakan Syarat Lebih Ketat BUKA AKAUN Baharu Pelajar, Suri Rumah & Warga Emas!
Sumber: Sinar Harian
FT Image: Media Squad MRSM Mukah