Baru-baru ini, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki telah menyuarakan ayat sinis yang diterima di hantaran Facebooknya, berkaitan program pendidikan Ulul-Albab di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Melalui hantaran tersebut, beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyatakan terdapat beberapa pihak dengan sinis mendakwa MRSM sudah seperti sekolah agama.
Baca juga: Cuti Kena ‘Reject’ Sebab Bagi Alasan Bawa Anak Ke Hospital, Wanita Luah Rasa Kesal Dapat Bos Toksik!
PROGRAM PENDIDIKAN ULUL-ALBAB MRSM
Secara tidak langsung, beliau menegaskan bahawa MRSM tetap fokus akan bidang STEM tetapi asas agama seperti hafazan al-Quran bakal melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang kuat.
Tambahnya lagi di ruangan komen,
“Program mini Ulul-Albab yang mula diperkenalkan di semua 57 MRSM selain daripada 6 MRSM Ulul-Albab sedia ada, yang mewajibkan pelajar-pelajar menghafaz surah-surah pilihan.
“Bukan sahaja boleh membantu pelajar-pelajar meningkatkan keupayaan ingatan tetapi mampu membangunkan jati diri pelajar dengan asas Al-Quran hingga menjadikan mereka insan yang kamil, syumul, seimbang dan punya daya tahan dan daya saing yang tinggi.
“Sebab itulah setiap kali saya terjah ke MRSM atau mana-mana institusi pendidikan MARA termasuk IKM, UniKL, KKTM, saya akan ambil kesempatan untuk tasmi’ atau ‘Tebuk’ uji hafazan mereka.”
Apa yang mengejutkan, menurut Dr. Asyraf mereka yang sinis itu adalah dari orang yang beragama Islam bukannya penganut agama lain.
Baca juga: Biar Lebih Fahami Al-Quran, Ini 6 Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Arab!
Gred kecemerlangan MRSM Ulul-Albab lebih baik
Jelasnya lagi, program Mini Ulul-Albab ini hanya untuk pelajar beragama Islam, sementara pelajar yang bukan beragama Islam seperti Bumiputera bukan Islam di MRSM Sabah dan Sarawak tidak dilibatkan.
Menerusi penelitian beliau, program Mini Ulul-Albab di MRSM telah mencatatkan gred kecemerlangan yang lebih baik sebagaimana MRSM Ulul-Albab Kepala Batas yang dinobatkan sebagai yang terbaik pada tahun lepas.
“Daripada penelitian saya, MRSM yang berorientasikan Ulul-Albab yang mewujudkan kurikukum khas untuk pelajar mengikuti program menghafaz Al-Quran ternyata mencatatkan gred kecemerlangan yang lebih baik.
“Sebagai contoh tahun lepas MRSM Ulul-Albab Kepala Batas menjadi MRSM terbaik diantara 57 MRSM.
“Atas saranan dan persetujuan YAB Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri bertanggungjawab menjaga MARA, mulai tahun ini semua MRSM mula melaksanakan program Mini Ulul-Albab atau Ulul-Albab Tamhidi.
“Melalui program Ulul-Albab Tamhidi ini pelajar-pelajar Bumiputera Islam mula menghafaz surah-surah pilihan, juzuk 30 dan diharapkan sekurang-kurangnya boleh kuasai 5 juzuk Al-Quran.
“Saya yakin dan percaya pelajar-pelajar yang digarap dan dicanai dengan Al-Quran mampu membentuk jati diri yang kuat mampu berdaya tahan, berdaya saing, berdaya saring untuk menghadapi cabaran zaman yang hebat akan datang.
“Orientasi Ulul-Albab sebagaimana acuan Al-Quran yang menekankan dua elemen penting ZIKIR (hati sentiasa tertaut dengan Allah) dan FIKIR (keupayaan menguasai pelbagai disiplin ilmu bermanfaat untuk hidup di dunia).
“Pastinya mampu membina generasi yang sifatnya holistik dan seimbang sebagaimana yang pernah Tamadun Islam seperti Andalusia yang melahirkan tokoh-tokoh cendekiawan Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Sina, Al-Maturidi dan lain-lain,” tulisnya panjang lebar.
Malah, program Khas Tahfiz juga dilaksanakan di Institut Kemahiran MARA (IKM) bukan sahaja di MARA.
Baca juga: Stylist Lelaki Pakaikan Hijab, Wanita Ini Tegur “JANGAN Biarkan Ia Jadi Perkara Normal”!
Sumber: Dr Asyraf Wajdi Dusuki
FT Image: Sumber Kini / Log Masuk