Asuh

Biar Lebih Fahami Al-Quran, Ini 6 Cara Bantu Anak Kuasai Bahasa Arab!

4
SHARES
belajar bahasa Arab

Kebelakangan ini, bahasa Arab sudah mula mendapat tempat di kalangan ibu bapa yang menginginkan anak-anak mereka mahir bahasa tersebut. Secara tak langsung, belajar bahasa Arab dapat membantu dan memberi kelebihan kepada anak-anak yang sedang menghafaz al-Quran.

Belajar bahasa asing bukanlah perkara yang mudah tetapi ia sangat berguna. Berikut merupakan enam cara menguasai bahasa Arab seperti dikongsikan Guru Bahasa Arab, Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman, Sungai Buloh, Rosiyah Hakim di bawah:

Baca juga: Ada 3 Cara Jadikan SIRAH NABI Sebagai Halwa Telinga Anak Kecil, Buat Macam INi!

BELAJAR BAHASA ARAB

belajar bahasa Arab

Gambar: Pinterest

1. Minat

Minat merupakan elemen penting dalam mempelajari bahasa Arab dengan cepat dan pantas. Anak-anak kurang berminat akan menyebabkan sukar untuk mereka menguasai bahasa tersebut.

Bagi menimbulkan minat anak-anak, ibu bapa boleh mulakan dengan teknik kartun, kamus bergambar dan amalan sehari satu kosa kata untuk dihafal. Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat memupuk minat mereka untuk mempelajari bahasa Arab.

2. Berguru

Berguru merupakan syarat penting dalam menuntut ilmu agar diri tidak ‘tersesat ilmu’. Jadi, hantarkan anak-anak anda pergi berguru dengan individu yang pakar dalam bahasa Arab kerana banyak perkara yang menuntut penerangan yang teliti dan contoh.

3. Bacaan dari kanan ke kiri

Anda sedia maklum bahasa Arab dan tulisan jawi ditulis dari kanan ke kiri. Di peringkat sekolah, pembekal membekalkan buku rampaian dan buku tulis untuk subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bermula dari sebelah kanan ke kiri.

Baca juga: Anak Gadis Dah Mula Tumbuh Payudara, 7 Perkara Ini Kena Cakap Pada Dia!

Baca juga: Kadar Murid Tahun 5 Di Malaysia Boleh Membaca Adalah 88% Bukan 58 – Pakar

4. Guna kad imbas

Selain itu, kad imbas adalah medium menarik boleh digunakan agar anak tidak cepat bosan belajar bahasa Arab. Terdapat kad imbas bergambar yang mengandungi kosa kata boleh disediakan.

Malah, hasil belajar menggunakan kad imbas juga sangat efektif dalam membantu meningkatkan penguasaan anak-anak.

5. Teknik kartun

Ibu bapa boleh menarik minat anak-anak mempelajari bahasa Arab dengan menonton kartun Arab sambil membimbing mereka. Lakaran gambar kartun mewakili perkataan juga boleh dijadikam aktiviti.

6. Rujuk kamus

Pentingnya penggunaan kamus kerana ia merupakan bahan rujukan utama ketika proses mempelajari bahasa Arab. Sebagai permulaan, anak-anak perlu ada kamus poket.

Bagus juga jadikan kamus sebagai ‘teman’ anak, di mana dia sentiasa baca dan hafal perkataan di dalam kamus tersebut sehingga boleh mengingati.

Kemudian, boleh gunakan kamus lain seperti kamus ‘at-tulab’ juga sebagai rujukan, di samping bimbingan ibu bapa atau guru menggunakan kamus itu.

Baca juga: TERAPI BERKUDA Beri 7 Impak Positif Pada Kanak-Kanak Istimewa!

Sumber: Sinar Bestari

FT Image: shutterstock

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×