Asuh

“Tiada Iklan, Tiada Elemen Soft Porn”- Durioo+ Aplikasi Kartun Islamik Selamat Untuk Kanak-Kanak

85
SHARES

Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai langkah diambil oleh ibu bapa untuk mengawasi mereka termasuklah kandungan hiburan yang ditonton. Terutamanya, kepada ibu bapa Muslim supaya si kecil mereka tidak mudah terpengaruh dengan unsur yang boleh menjejaskan peribadi diri di kemudian hari.

Justeru itu, melalui perkongsian yang dibuat oleh Puan Wan Nur Syakira, di mana beliau telah menemui satu aplikasi yang mesra Muslim. Menurutnya, aplikasi ini mengandungi kandungan kartun yang bercorakkan islamik pelbagai bahasa dan tidak mempunyai kandungan iklan yang tidak elok serta elemen ‘soft porn’.

Baca juga: Tips Sebelum & Semasa Penerbangan Jarak Jauh Bersama Si Kecil, Baru Tak Pening!

APLIKASI KARTUN ISLAMIK MESRA ANAK-ANAK MUSLIM!

Durioo+, channel kartun selamat untuk anak-anak! Tiada iklan, tiada elemen soft porn. Ada sahabat yang tanya content apa yang saya berikan pada anak-anak.

Saya memang strict dalam uruskan screen time anak. Screen time anak-anak hanya 1-2 jam sehari, jadi kami memang pilih high quality content untuk mereka.

Saya teruja nak share satu apps yang sangat bagus untuk screen time anak-anak. Apps @duriooplus! Apps Islamik terbaru khas untuk kanak-kanak. Saya jumpa apps ini sejak Ramadan yang lalu.

APLIKASI ISLAMIK DURIO++ MEMPUNYAI CIRI KANDUNGAN YANG DICARI IBU BAPA!

Dah lama mencari apps yang: 

1. BEBAS DITONTON TANPA ELEMEN BAHAYA

Selamat untuk ditonton oleh kanak-kanak, bebas dari elemen yang membahayakan dan tak elok.

Serius tak bimbang kalau bagi anak tengok sendiri kartun yang ada dalam apps Durioo sementara kita siapkan kerja rumah atau kena menyusukan baby.

2. ADA MESEJ & NILAI ISLAMIK

Ada nilai islamik dan mesej yang murni serta penerapan akhlak yang mulia. Semua kartun bermesej , bukan sekadar hiburan kosong.

3. MEMPUNYAI TINGGI RESOLUSI

Kartunnya high resolution dan comel-comel untuk kanak-kanak. Paling saya suka, kartun Little Ammar yang comel. Mila dan Milna pun sama cute.

4. VARIASI 3 BAHASA

Ada variasi pilihan kartun dalam 3 bahasa (Melayu, Inggeris dan Arab). Yusuf paling suka nyanyi lagu Dinasour dalam bahasa Arab, asyik ulang lagu tu je ketika screen time. Kartun #bubulala pun dia suka.

5. KARTUN & ANIMASI SESUAI UMUR ANAK 1-12 TAHUN

Kartun, animasi dan rancangan sesuai untuk kanak-kanak 1-12 tahun.

6. TIADA IKLAN & VIDEO YANG TIDAK ELOK

Tiada iklan dan video bukan-bukan. Ini paling penting! Kadangkala iklan dekat Youtube tak sesuai untuk anak.

7. TERDAPAT LAGU KANAK-KANAK, ZIKIR, DOA & PELBAGAI LAGI

Lagu kanak-kanak, cerita, zikir, doa, bacaan Quran, dokumentari, rancangan varieti dan macam-macam lagi.

8. KANDUNGAN DIHASILKAN & DITAPIS UNTUK KELUARGA MUSLIM

Semua konten dihasilkan dan ditapis oleh ibu bapa Muslim.

Paling saya rasa tersentuh bila baca misi dia. Misi Durioo+ untuk memberi asas Islam yang terbaik kepada anak-anak melalui konten dan platfom yang selamat dan menarik.

RUPANYA IA DIHASILKAN OLEH PENGASAS DAN TEAM DIDI & FRIENDS, OMAR & HANA!

Dan tahu tak Durioo+ dihasilkan oleh pengasas dan team yang hasilkan Didi & Friends dan Omar & Hana? Saya kagum betul dengan mereka yang menunaikan fardhu kifayah untuk sediakan konten terbaik dan Islamik untuk kanak-kanak kerna ianya keperluan di zaman teknologi ni.

Di zaman konten kartun yang ada anasir soft porn, L*BT, nilai yang bertentangan dengan Islam, yang tak menutup aurat. Apa yang anak lihat dan tonton, main peranan besar dalam pembentukan akhlak dan aqidah mereka.

Terima kasih tuan Sinan Ismail dan tim yang gigih buat platform ni.  Macam mana nak suscribe? Boleh cuba sekarang dengan klik link dekat bawah ni.

Melabur untuk masa depan anak anda sekarang!

Android, Android TV: www.duriooplus.com/android

iPhone, iPad, Apple TV: www.duriooplus.com/ios

Web: www.duriooplus.com

Komuniti: www.duriooplus.com/komuniti

Ada FREE TRIAL untuk 7 hari! Jom support apps yang baik dari negara kita.

Wan Nur Syakira. #catatanparentingsyakira

Sumber: Facebook Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×