Asuh

Tips Sebelum & Semasa Penerbangan Jarak Jauh Bersama Si Kecil, Baru Tak Pening!

9
SHARES

Meriahnya bila dapat pergi bercuti bersama keluarga! Lebih lagi dapat bawa isteri dan anak-anak bercuti menaiki kapal terbang ke negara-negara lain yang merentasi benua. Namun, apabila nak bawa anak-anak yang masih kecil di tempat yang jaraknya jauh merupakan satu cabaran buat ibu bapa.

Justeru itu, mari ikuti perkongsian ilmu dari Puan Hanis Ahtirah Rusli mengenai tips sebelum dan semasa penerbangan jarak jauh bersama anak-anak kecil di bawah, melalui pengalamannya sendiri.

Baca juga: 8 Perkara Orang Dewasa Boleh Belajar Dari Kanak-Kanak, Barulah Hati Bersih Ibarat Kain Putih..

TIPS PENERBANGAN JARAK JAUH BERSAMA ANAK KECIL!

Ada yang pernah tanya, travel jauh-jauh sampai ke negara dekat dengan kutub utara, bawa anak-anak kecil okay ke diaorang? Penat tak? Anak buat perangai tak?

Anak-anak kami, Alhamdulillah! Allah bagi rezeki seawal usia 1 tahun lebih dah biasa jalan jauh sebenarnya. Paling jauh perjalanan ambil masa selama 23 jam untuk sampai ke destinasi.

Nak kongsi tips tak pandai sangat, cuma kami hanya mampu kongsi pengalaman saja persediaan sebelum dan semasa perjalanan jarak jauh bersama anak kecil ni. Kami pun banyak try and error, banyak tak tahu dan dari pengalaman kami belajar.

Jadi saya tulis sini untuk perkongsiaan bersama.

PERSEDIAAN SEBELUM PENERBANGAN BERSAMA ANAK KECIL:

Persediaan sebelum memulakan perjalanan jarak jauh.

Gambar hiasan: TribunNews.

1. PILIH PENERBANGAN PADA WAKTU MALAM

Seeloknya pilih penerbangan yang bertolak pada waktu malam. Jadi anak akan dapatkan rehat yang cukup semasa penerbangan.

InsyaAllah risiko untuk mendapat jet lagged bekurangan. Kalau kena pun maybe tak teruk sangat.

2. PILIH TEMPAT DUDUK DISERTAKAN BASINET

Bila ada anak yang masih bayi, boleh pilih tempat duduk yang disertakan dengan basinet untuk kemudahan kita nanti. Barulah kita tak penat nak meriba anak sepanjang penerbangan.

3. BAWA UBATAN LEBIH DALAM HAND CARYY BAG

Gambar hiasan: Getty.

Bawa ubat-ubatan extra dalam bag hand carry. Semak kuantiti tak lebih 100ml. Boleh label dan declare. Sebab bila penerbangan international ni strict sangat.

Masa security check kita tak dibenarkan bawa cecair masuk. Tapi ubat spare macam mana perlu ada sebab kami pernah hari tu, ubat lupa letak dalam bag hand carry.

Semasa penerbangan badan Afraz mula start panas. Risau betul sebab Afraz pernah ada history kena sawan. Memang jadi pengajaran sebab kami suami isteri tak tenang nak lelap mata.

Berulang ke tandas basahkan badan anak. Monitor kesihatan Afraz betul-betul. Mujurlah transit kejap dekat Istanbul, dapat ikhtiar beli ubat. Walaupun harga masa tu seramnya tapi untuk anak kita ikhtiar. Jadi pengajaran betul kat sini.

4. DATANG AWAL KE LAPANGAN TERBANG

Datang awal ke airport. Walaupun flight kami bertolak malam, lepas Zohor kami dah cuba turun dari rumah.

Kalau flight domestik tak apa lagi, bila melibatkan penerbangan international memang tak boleh main belasah je melayang duit nanti. Nanti dah sampai boleh tenang-tenang, rehat dengan anak. Tak kelam kabut sangat.

5. PILIH PENERBANGAN YANG MENAWARKAN MAKANAN HALAL

Gambar hiasan: LoveExploring.

Sekiranya boleh, pilih penerbangan yang menawarkan makanan halal. Kalau takde pun boleh request siap-siap semasa nak booking tiket.

Even tak sedap mana pun memang kena cuba telan hee. Paling penting, dalam hand carry bag standy makanan untuk anak lapik perut seperti biskut dan roti.

Boleh beli semasa dekat airport atau nak jimat boleh beli awal siap-siap. Bab air takpe, atas flight boleh je minta dengan stewardess nanti.

6. BAWA ALAT TULIS & MAINAN UNTUK HIBURAN ANAK

Bawa kelengkapan alat tulis dan mainan untuk hiburan semasa penerbangan nanti.

Discuss dengan anak pilihan mainan mereka. Mainan yang lebih kepada imaginasi atau open ended play tapi ringan sangat sesuai untuk dibawa bersama.

7. BAWA SLEEPING MASK & EARPLUGS SUPAYA ANAK MUDAH TIDUR

Gambar hiasan: OneTravel.

Bawa sleeping mask dan earplugs, untuk memudahkan anak untuk tidur dan mengurangkan rasa sakit dekat gegendang telinga semasa take off atau landing akibat tekanan udara. Tapi kebiasannya memang dah disediakan pihak airline.

Anak-anak juga dibiasakan untuk belajar kawal teknik pernafasan khas untuk meredakan sakit telinga. Dulu masa anak bayi lagi senang, breastfeed je untuk legakan ketidakselesaan anak.

8. BANGUN AWAL DARI BIASA PADA HARI BERTOLAK

Hari nak bertolak, bangun lebih awal dari biasa. Bagi anak main aktif dulu sepuas hati mereka. Nanti atas flight kena duduk diam sebab ruangan pergerakan terhad kan?

Sepanjang hari anak aktif, naik flight pula selalu kami jadi orang terakhir atau tunggu dah tak sesak baru masuk. Nanti senang, dah masuk flight badan dah penat kejap je anak rasa sejuk selesa, mudah je mereka tidur.

PERSEDIAAN SEMASA PENERBANGAN BERSAMA ANAK KECIL:

Dan untuk semasa perjalanan pula saya share dekat gambar tipsnya.

Dulu saya pun sama, risau sangat sampai termimpi-mimpi tak yakin kemampuan diri. Alhamdulillah, pengalaman dulu, Allah permudahkan perjalanan yang paling mencabar, solo tanpa ditemani suami, bawa Afraz ketika tu usia 1 tahun lebih ke New Zealand.

Kitalah hurung stroller sorang-sorang, tapi tu takpe lagi sebab usia masa ni tak banyak songeh sangat kecuali bila dia lapar dan mengantuk. Saya akui agak mencabar juga tapi kalau dah planning awal InsyaAllah senang dan smooth saja perjalanan.

Sebenarnya tak susah, tapi ada tricknya kalau nak bawa anak kecil naik kapal terbang ni.

Ps: Bila lama sangat tak muat naik apa-apa kat muka buku ni, ada yang tanya bila nak balik Malaysia. Sebenarnya kan, kami dah selamat pulang ni. Alhamdulillah. Cuma macam tulah, lepas pulang sibuk menyibukkan diri susun balik rutin baru. Ni dah back to normal routine, dah biasakan barulah rajin menulis sikit.

Semoga ada manfaatnya dari penulisan panjang ini.

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×