Asuh

8 Perkara Orang Dewasa Boleh Belajar Dari Kanak-Kanak, Barulah Hati Bersih Ibarat Kain Putih..

14
SHARES

Inilah yang biasa kita dengar, “kanak-kanak itu suci jiwanya, ibarat kain putih”. Mereka berjiwa bersih yang mudah menzahirkan perasaan. Bila rasa gembira mereka ketawa, bila sedih mereka menangis dan bila marah mereka memaafkan.

Sebagai orang dewasa, banyak sikap dan tingkah-laku kanak-kanak yang bila diperhatikan, kadang itu buatkan kita berasa cemburu kerana mereka seolah-olah tiada masalah yang dihadapi.

Namun, kita dapat belajar sesuatu dari mereka dan seperti ungkapan dari Puan Wawa Shauqi,  “ada masanya kita lupa untuk memandang, banyak falsafah yang dapat kita belajar dari sifat anak-anak yang tulus dan berhati terang.”

Baca juga: Ini 9 Tips Kendalikan Tingkah Laku Anak Menggunakan Surah Taha & Al-Fatihah

BANYAK FALSAFAH DAPAT BELAJAR DARI KANAK-KANAK

Banyak perkara yang saya jealous dengan anak-anak kecil ni.

8 PERKARA ORANG DEWASA BOLEH BELAJAR DARI KANAK-KANAK:

1. MUDAH MELUPAKAN DAN MEMAAFKAN

Mereka mudah melupakan dan memaafkan. Tadi baru lepas bergaduh. Tiba-tiba dah boleh bergelak ketawa bersama balik.

2. RASA BAHAGIA WALAU SEKECIL PERKARA

Gambar hiasan: Remaja.

Mereka menemui kebahagiaan pada perkara-perkara kecil. Ada je perkara yang buat mereka terhibur dan ketawa. Jatuh berguling bersama pun boleh lagi ketawa.

3. KEAZAMAN YANG TINGGI UNTUK MENCAPAI SESUATU

Mereka ada keazaman yang untuk capai apa saja yang dimahukan. Kalau nak sesuatu, nak jugak-jugak. Selagi tak dapat, selagi tu mereka usaha.

4. MUDAH MENUNJUKKAN EMOSI YANG DIRASA

Mereka mudah mengekspresikan apa saja emosi yang dirasa. Tak perlu pendam sampai sakit kepala.

5. BERANI BERDEPAN DENGAN RISIKO

Gambar hiasan: ParentingFirstCry.

Berani hadapi risiko. Selagi tak dilarang, selagi itu mereka berani melompat dan berkejaran.

6. BERCITA-CITA BESAR & PERCAYA PADA DIRI

Bercita-cita besar dan percaya diri tiada limit. Ada yang yakin nak jadi Spiderman, ustaz dan bomba dalam satu masa.

7. MENYAYANGI TANPA SYARAT

Menyayangi orang sekeliling tanpa syarat. Walaupun tahu ayah dia ketiak masam dan mak garang macam harimau.

8. GEMBIRA & KETAWA SETIAP HARI

Gembira dan ketawa setiap hari seolah-olah tak ada perkara yang perlu diambil serius. Tak perlu risaukan hari esok atau runsing dengan perkara semalam. Always enjoy the moment.

Cuma, sifat tu beransur hilang asbab dari kita sendiri yang menghalang. Ada masanya kita lupa untuk memandang, banyak falsafah yang dapat kita belajar dari sifat anak-anak yang tulus dan berhati terang.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×