Asuh

Ini 9 Tips Kendalikan Tingkah Laku Anak Menggunakan Surah Taha & Al-Fatihah

14
SHARES

Mengendalikan individu berkeperluan khas yang mempunyai tingkah-laku yang agak mencabar bukanlah perkara yang mudah. Melalui perkongsian AT Mahfuzah Zainol yang merupakan seorang ahli terapis muslim, salah satu amalan yang boleh diamalkan kepada klien dan muridnya adalah menggunakan Surah Taha ayat 1-5 dan Surah Al-Fatihah, selain menggunakan teknik-teknik yang sangat teknikal.

Menurutnya, selain dihembuskan doa di atas kepala anak-anak untuk lembutkan hati mereka, boleh juga diamalkan dalam perhubungan terutama kepada suami supaya kasih-sayang antara pasangan menjadi semakin mekar.

Baca juga: [VIDEO] Teknik ‘Positive Parenting’ Lembut & Disiplin, Tegur Kesalahan Anak Cara Orang Omputih

MANFAAT SURAH-SURAH INI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Gambar: InspirasiHudaBlogspot.

9 Tips Mengendalikan Tingkah Laku menggunakan Surah Taha: 1-5 dan Al-Fatihah

Sebagai terapis, ramai klien dan murid berkeperluan khas yang kami jumpa. Berbagai perangai.

Ada juga yang susah nak ‘break the ice’ between us. Sebagai terapis muslim, selain teknik-teknik yang very technical dalam handling klien dan murid yang sukar difahami dan ada challenging behaviour, salah satu amalan yang boleh diamalkan ialah Surah Taha 1-5 dan Al-Fatihah.

MANFAAT SURAH TAHA & AL-FATIHAH

Gambar hiasan: Pa&Ma.

TIUPKAN DI KEPALA ANAK SELEPAS MEMBACA DUA SURAH INI

Surah Taha, 1-5 (wajib hafal ni, banyak manfaat). Saya baca depan-depan dia dan tiup dekat kepala biar kena hembusan nafasku ini, fuhhh…

Dan berdoa “Semoga lembut hati budak ni dan mudahkan tugasku nak buat terapi kat dia..”.

Amalan 2 surah ini juga diamalkan kepada anak-anak. Baca direct sahaja, “Meh sini umi nak baca doa untuk anak-anak umi supaya jadi tenang hati dan lembut hati…fuhhh”.

Lepas tu sapu dibelakang badan anak (jika anak perempuan) dan sapu di belakang kepala (jika anak lelaki).

HEMBUSKAN JUGA KEPADA SUAMI

Gambar hiasan: MuslimVillage.

Untuk suami pula, baca direct juga, tak payah selindung-selindung. Mesti telus dalam sesuatu perhubungan.

Tiup je sambil berkata, “Ya Allah, biarlah bertambah kasih sayang suami ku yang gagah perkasa ini kepada diriku, aaamiiinnnn..fuhhhh”. Semburan nafas ini biar kena tepat pada wajahnya.

BOLEH AMALKAN SEWAKTU BERLAKU KONFLIK DENGAN RAKAN-RAKAN

Al-Fatihah pula saya akan baca jika ada berlaku perselisihan faham dan konflik dalam sesuatu perhubungan tidak kira dengan rakan-rakan, rakan pejabat, boss-boss dan sesiapa sahaja.

Al-Fatihah juga boleh dijadikan sedekah kepada orang yang kita ingat namun berada jauh dari pandangan mata especially ibu bapa dan ibu bapa mertua.

Sedikit tips amalan rohaniah dalam practice saya sebagai seorang terapis muslim. Semoga hati menjadi tenang.

Sumber: Facebook Mahfuzah Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×