Asuh

[VIDEO] Teknik ‘Positive Parenting’ Lembut & Disiplin, Tegur Kesalahan Anak Cara Orang Omputih

46
SHARES

Pepatah ada berkata, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Hendak melahirkan generasi yang mempunyai keperibadian tinggi perlulah mendidik mereka sewaktu ‘hijau daun’ lagi.

Sebagaimana perkongsian video yang dibuat oleh Puan Wawa Shauqi untuk dijadikan contoh ikutan ibu bapa di luar sana. Ianya memaparkan seorang wanita Inggeris di Tiktok yang menegur anak kecilnya apabila melakukan kesalahan, tanpa menggunakan emosi tetapi dengan cara yang lembut dan berdisiplin.

Namun, selepas beberapa bulan anaknya berubah menjadi lebih baik peribadinya.

Baca juga: “Mak Ayah Saya Bukan Nak Dengar Pun!”- Anak Mudah Emosi, Ini Cara Ibu Bapa Jadi Pendengar Yang Baik

TEGUR KESALAHAN ANAK DENGAN CARA BERDISIPLIN

Ya Allah. Kagum lahai saya tengok video ni. Mak dia tak payah pukul, tak payah marah pun, tapi boleh latih anak dia perangai elok.

Ini namanya teknik Positive Dicipline.

Disiplinkan anak dengan coaching anak tu macam mana nak selesaikan masalah. Kalau kita handle anak dengan baik, anak pun belajar handle diri dengan baik.

DALAM POSITIVE PARENTING, BERHATI-HATI PILIH PERKATAAN DEPAN ANAK

Dalam positive parenting, ‘words matter’. Kena hati-hati pilih perkataan. Bukan boleh sembur je anak ikut suka.

❌ Bising la!

✔ “Boleh rendahkan suara?”

❌ Biadap ya dengan mama!

✔ “Tolong guna bahasa yang lebih elok.”

❌ Alah, benda senang je pun.

✔ “Mama selalu nampak awak boleh buat benda yang susah-susah. Cuba usaha lagi.”

KESAN YANG AKAN KELIHATAN PADA ANAK…

Bila kita hati-hati dalam memilih perkataan, kesan dia kita boleh nampak pada anak:

  • Anak pun ikut bercakap dengan baik
  • Anak ada kawalan diri yang baik
  • Anak rasa motivated nak buat baik. Sebab tak rasa kena provok

Cuba perhati cara mak dia cakap dengan anak dia. Dia guna beberapa strategi Positive Discipline yang paling disarankan child psychologist Dr. Jane Nelson.

STRATEGI ‘POSITIVE DISCIPLINE’ DISARANKAN OLEH PSIKOLOGI KANAK-KANAK

1. HIGHLIGHT SOLUTION NOT THE PROBLEM

Dia tak payah bebel berjela pasal perangai buruk anak tu. Terus ajar solusi.

2. SET LIMIT

Budak, budak jugak. Tapi limit kena tau sebab anak kecil ni tak tau nak beza, betul dan salah.

Jadi kita kena tunjuk ajar. Bila dah tunjuk ajar, kena tegas dengan limit dan peraturan.

3. JADI TELADAN PADA ANAK-ANAK

Anak belajar cara kita bagi respon. Mereka ikut apa yang mereka tengok kita buat. Bukan apa yang kita suruh.

4. BAGI PERHATIAN WAKTU ANAK BUAT BAIK

Bukan waktu anak buat perangai buruk tu baru kita nak sergah. Anak yang nakal ni lagi kena rajin puji. Lebih-lebih lagi waktu mereka buat benda baik.

5. LISTENING

Rajin-rajin pasang telinga dengar mereka bercakap dan meluah. Bersoal jawab apa yang mereka rasa, apa yang mereka fikir, apa idea yang mereka ada dan sebagainya.

6. SPEAK NICELY

Guna suara nada yang rendah. Pilih perkataan yang elok-elok.

BERUSAHALAH JADI JURULATIH TERBAIK DEMI KEBAIKAN ANAK-ANAK

Ya, memang susah rasa nak apply sebab bukan budaya kebiasaan kita. Lagi pulak genetik singa tu dah turun-temurun ada dalam diri kita.

Tapi Insya Allah dengan ilmu, usaha dan latihan, kita mampu jadi COACH yang terbaik buat anak-anak. Semoga kita dapat besarkan generasi yang lebih baik dari zaman kita. Especially dari segi mental dan emosi

Nah link TT dia, kot korang nak stalk ibu ni buat inspirasi.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×