Asuh

“Mak Ayah Saya Bukan Nak Dengar Pun!”- Anak Mudah Emosi, Ini Cara Ibu Bapa Jadi Pendengar Yang Baik

20
SHARES

Kadang-kala permasalahan anak yang tidak suka berkongsi masalah dengan ibu bapa ini bukannya datang dari diri anak sendiri tapi antara punca sebenarnya adalah respon yang diterima dari ibu bapa.

Melalui perkongsian dari Doktor Rozanizam Zakaria, ramai dalam kalangan anak remaja yang mengalami masalah emosi memberitahu antara cabaran dalam keluarga ialah ibu ayah tak mendengar. Justeru itu, jom baca penjelasan lanjut di bawah bersama cara menjadi ibu bapa yang ada sifat empati.

Baca juga: Jangan Rasa Pelik, Rupanya Ini 5 Perkara Anak Lelaki Suka Lakukan Bersama Si Ayah

PERBEZAAN IBU BAPA YANG ‘HEARING VS LISTENING’!

Gambar hiasan: IbuRose.

“Mak ayah saya bukan nak dengar pun!” Macam mana nak elak ayat ni keluar dari mulut anak-anak?

‘Hearing vs listening’

Dua-dua mendengar, tapi dalam perhubungan kita perlu lebih yang kedua. Ramai remaja yang alami masalah emosi mengadu antara cabaran dalam keluarga ialah ibu ayah tak mendengar.

Sebab itu mereka tak nak bercerita, berahsia atau akhirnya pilih nak luah dekat orang lain.

CONTOH IBU AYAH MENDENGAR VS TAK MENDENGAR

Gambar hiasan: Bidadari.my

Saya nak tunjuk contoh praktikal untuk jadi ibu ayah yang mendengar vs ibu ayah yang tak mendengar.

Anak: “Saya tak rasa seronok pergi sekolah, cikgu asyik marah, kita dah buat kerja tapi still satu kelas kena leter. Kawan-kawan pula tau nak salin je”.

RESPON 1

“Buat tak tau je lah diorang tu. Yang penting kamu belajar. Tak pergi sekolah nak jadi apa?”

(Dismissive, belittle masalah anak)

RESPON 2

“Dah tu nak buat apa? Nak berhenti sekolah?”

(Offensive)

RESPON 3

“Mak dulu lagi susah nak belajar, atuk nenek kamu tak ada duit, mak pergi sekolah jalan kaki 30 batu, pakai selipar aje. Kamu tu bukan susah apa. Belajar aje!”

(Diverting)

RESPON 4

“Tak apa. Esok mak pergi marah cikgu dengan kawan-kawan kamu tu. Biasa dia tu!”

(Helicopter parenting)

RESPON 5

“Ha? Ok. Ok. Esok mak bank in duit.”

(Distracted parents)

CARA JADI IBU BAPA YANG BEREMPATI ATAU ‘REFLECTIVE LISTENING’

Gambar hiasan: Redaksi.

Semua jenis respon ni lah yang akan buat anak rasa “malaslah cerita apa-apa”. Bagaimana nak jadi mendengar dengan berempati/ reflective listening?

Pertama, kena focus, avoid distraction.

Kedua, jangan respon tapi reflect. Jangan bagi nasihat dulu, bagi anak rasa dia didengari dan difahami dulu. Cuba dengar apa yang anak nak sampaikan, bukan dengar bunyi-bunyi perkataan yang keluar dari mulut anak sahaja.

CONTOH:

“Ibu nampak kamu rasa down. Ye lah, dah buat kerja pun masih kena marah. Mesti kamu rasa frust, dah buat kerja tapi rasa tak dihargai ye?”

Atau

“Mesti rasa tak seronok kan bila kita dah berusaha tapi tak dihargai, lepas tu orang ambil kesempatan pula”.

Beza dengan respon 1-5 ialah, kita cuba lihat situasi dari perspektif anak, bantu anak label masalah, tunjukkan empati kita.

DAH TAK BOLEH NASIHAT ANAK KE?

Dah tu tak boleh nasihat ke Dr? Boleh, lepas tu lah. Bila dah tenang.

Masa beremosi, siapa pun nasihat tak masuk. Masa kita tension dengan boss, boss bagi nasihat kita excited ke dengar nasihat dia?

Tak kan? Sama je. Cuma kita je selalu lupa. Lupa yang kita pun manusia.

Sumber: Facebook Dr Rozanizam Zakaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×