Asuh

Aplikasi ‘Pandai’ Bantu Anak Ulang Kaji Pelajaran: Kuiz Pelbagai Subjek, Tuisyen & Ujian Penggal!

31
SHARES
aplikasi pembelajaran kanak-kanak

Salah satu kemudahan yang wujud untuk pelajar sekolah kini, apabila terciptanya aplikasi pembelajaran kanak-kanak yang lengkap, sistematik dan interaktif. Antaranya adalah aplikasi yang dinamakan Pandai untuk kanak-kanak usia 7 hingga 17 tahun.

Menurut Hanis Athirah Rusli, aplikasi Pandai membantu anak-anak mengulangkaji pelajaran dengan lebih efektif. Selain itu, ia dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti kuiz pelbagai subjek, tuisyen secara langsung, nota ringkas, soalan peperiksaan penggal dan lain-lain.

Baca juga: Lakukan 8 Tips Ini Bila Beli KERETA TERPAKAI, Jangan Percaya ‘Owner & Salesman’ 100%!

APLIKASI PEMBELAJARAN KANAK-KANAK: PANDAI

aplikasi pembelajaran kanak-kanak

Gambar: Hanis Athirah Rusli

Ambil masa berbulan-bulan juga kami explore, aplikasi ini memang sangat mantap. Alhamdulillah sangkat lengkap, sistematik, interaktif dan sangat memudahkan ibu dan guru di rumah seperti saya ini.

Saya pun tak sangka aplikasi ini dapat beri pengiktirafan lagi untuk galakkan anak-anak belajar. Mungkin ramai tak tahu, mungkin ada juga yang dah tahu.

Nama aplikasi ini Pandai. Salah satu aplikasi atas talian untuk membantu anak-anak untuk mengulangkaji pelajaran dengan lebih efektif sambil meningkatkan prestasi mereka dalam pembelajaran.

Aplikasi ini tak hanya fokus kepada akademik semata, tapi turut mengalakkan penerokaan minat anak-anak dan tingkatkan penguasaan kemahiran baharu.

Baca juga: 6 Tips Bantu Anak Pandai Bahasa Cina, ‘Parent’ Tak Fasih Cakap Bukan Halangan!

Baca juga: Panduan ‘Explore’ Canva Untuk Amatur, Cikgu Boleh Guna Buat BBM Anak Murid!

Ciri-ciri aplikasi Pandai

aplikasi pembelajaran kanak-kanak

Gambar: Hanis Athirah Rusli

Dalam aplikasi ini ciri-ciri yang memudahkan anak-anak, ibu bapa dan guru seperti:

  • Ada kuiz untuk pelbagai subjek yang anak pelajari
  • Ada live tuition, anak-anak belajar terus daripada tutor mahir, dengan rakaman dan tugasan kelas terdahulu
  • Ada nota ringkas yang sangat interaktif untuk membantu anak-anak belajar
  • Ada battle untuk anak latih dengan menjawab soalan dan uji pemahaman sedia ada
  • Ada peperiksaan penggal untuk anak-anak persiapkan diri mereka dengan untuk peperiksaan sebenar

Tambah sekarang pun masih lagi cuti sekolah berbaki kan? Apa kata ajak anak-anak explore sekali.

Tambahan, sekarang ini sempena bermulanya sesi persekolahan 2024/2025, Gentera Ilmu Pandai pun akan anjurkan Seminar Permulaan Baru untuk semua anak-anak yang berusia 7 hingga 17 tahun di seluruh Malaysia!

Jom sama-sama kita support apps tempatan ini yang bertujuan untuk anak-anak pandai, InsyaAllah.

Bagi yang nak daftar, boleh daftar sini dan boleh dapat 7 hari premium account. Nak tahu banyak lagi boleh join telegram sini.

Baca juga: Surat Beranak Lama Dah Lusuh Lunyai Teruk? Mak Ayah Usia 40+ Ini Cara Tukar Kepada Baru!

Sumber: Hanis Athirah Rusli

FT Image: Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×