Asuh

DIY Print Sticker Nama Buku Sekolah Modal RM2.16, Ada Template Sekali!

18
SHARES
sticker nama buku sekolah

Sebelum masuk sesi persekolahan baharu, pastinya ibu ayah akan membuat persediaan untuk anak-anak yang bakal ke sekolah nanti. Perkara ini termasuklah melabel maklumat diri anak pada kulit buku sekolah. Bagi memudahkan urusan anda daripada menulis tangan, apa kata gunakan template sticker nama buku sekolah anak yang disediakan oleh saudara Mohd Iyyad di bawah.

Baca juga: Cara Mudah Tukar Suara Navigasi Waze & Lepas Rakam Boleh ‘Share’ Dekat WhatsApp!

STICKER NAMA BUKU SEKOLAH

(DIY) Print sticker buku sekolah anak – Modal RM2.16 sahaja. Musim persekolahan bakal kembali, jadi saya nak kongsi cara print sticker untuk buku sekolah anak.

Baca juga: Tiap Hari Amalkan Ayat INI Dalam Surah Yasin Untuk Anak Pandai, Petua Bermanfaat!

Langkah 1

Beli Self-Adhesive Labels brand Unicorn (harga di Aeon Jusco RM2.16). Pastikan beli saiz 19mm x 50mm (kod: 1012). Nak beli saiz lain boleh tapi kena edit saiz sendiri.

sticker nama buku sekolah

Gambar: Ada 10 helai label dalam 1 plastik ini. Pastikan beli saiz yang betul (19 x 50mm) seperti di sticker bulat oren itu. – Mohd Iyyad

Baca juga: Guna 2 Bahan Magik Ini Je, Kotoran Hitam Degil Pada KASUT PUTIH Terus Hilang!

Langkah 2

Download word printing template di:

Gambar: Mohd Iyyad

Baca juga: Doktor Kongsi Tips Cara Pilih & Galas Beg Sekolah, Elak Mudarat Kesihatan Anak!

Langkah 3

Edit nama guna Find and Replace (Tekan Ctrl+H). Jangan ter-copy spacing, nanti spacing lari.

sticker nama buku sekolah

Gambar: Mohd Iyyad

Tekan Ctrl+H, isi nama “Muhammad Iyyad” di ruangan “Find what” dan nama anak tuan/puan di ruangan “Replace with”. Ulang langkah sama untuk ganti nama ayah dan nama kelas. 

Baca juga: Baju Putih Bertukar Warna? Cuci Guna 1 Bahan Magik Ini, Auto Hilang Nampak Baru!

Langkah 4

Print guna jenis printer apa-apa pun boleh, siap. Lihat gambar hasil di bawah.

sticker nama buku sekolah

Gambar: Mohd Iyyad

Mungkin boleh print atas kertas A4 dahulu dan bandingkan dengan kertas sticker untuk pastikan tulisan align dengan baik.

*Sebelum ini saya guna cop, pun ok juga. Cuma print sticker ini boleh masukkan info lain seperti nama kelas, nama subjek etc.

Mudahan bermanfaat.

Baca juga: Surat Beranak Lama Dah Lusuh Lunyai Teruk? Mak Ayah Usia 40+ Ini Cara Tukar Kepada Baru!

Sumber: Mohd Iyyad

FT Image: Mohd Iyyad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×