Deko & Hias

Baju Putih Bertukar Warna? Cuci Guna 1 Bahan Magik Ini, Auto Hilang Nampak Baru!

74
SHARES
kesan luntur baju putih

Boleh jadi bukan sengaja kerana kadang-kadang tidak perasan, apabila baju yang berwarna terbasuh sekali dengan baju putih. Nak pula baju berwarna itu meluntur, habis baju putih terkena kesannya. Kesan luntur baju putih tersebut boleh menyebabkan bad mood kepada si pemakai.

Justeru itu, bagi membuatkan mood anda berubah gembira, apa kata cuba tips mudah menghilangkan kesan kotoran itu seperti di bawah. Hanya perlukan satu bahan magik ini dan segalanya berubah semula kepada warna asal. Tambahan, ini merupakan tips dari orang-orang lama yang dikongsikan oleh Chef Pejo.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Wow! Tak Sangka Ini Fungsi ‘Tub Cleaning’ Mesin Basuh, Baju Pun Tak Bau Hapak

KESAN LUNTUR BAJU PUTIH

kesan luntur baju putih

Mesti ada dalam ini yang pernah basuh baju berwarna campur sekali dengan baju putih. Lepas basuh, tengok-tengok baju warna itu menurun warna menyebabkan baju putih jadi ada kesan warna baju itu tadi.

Ini ada tips yang tak seberapa, bagaimana untuk menghilangkan warna lunturan itu pada baju putih. Senang sahaja!

kesan luntur baju putih

  1. Panaskan air di dapur sehingga panas.
  2. Campurkan 2-3 ulas limau nipis.
  3. Rendam baju yang terkena kesan calar itu.
  4. Kacau sehingga baju yang terjejas itu tadi kembali kepada warna asal.

Sekadar perkongsian yang tak seberapa. Dapat tips ini pun dari orang-orang lama. Kalau rasa berguna boleh kongsikan. Tak perlu bayar pun.

Baca juga: Panduan Isi Angin Tayar Di Pam Minyak, Yang Tak Berani Pam Sendiri, Boleh Ikut Cara Ini

Sumber: Chef Pejo via Petua Ibu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×