Deko & Hias

Wow! Tak Sangka Ini Fungsi ‘Tub Cleaning’ Mesin Basuh, Baju Pun Tak Bau Hapak

15
SHARES
fungsi tub cleaning

Kalau diperhatikan butang yang banyak pada mesin basuh, mesti tidak ramai yang tahu kesemua fungsinya. Ini termasuklah fungsi tub cleaning yang ada. Apa pula ya fungsinya?

Setiap mesin yang dicipta mesti mempunyai kaedah untuk membersihkannya. Sama ada anda perlu membuka setiap komponen yang ada atau hanya perlu tekan butang mencuci sahaja. Begitulah, rupanya fungsi tub cleaning pada mesin basuh ini. Langkah-langkah mencuci mesin basuh ada di bawah!

Baca juga: Rupanya Ini Cara Selamat Simpan Petrol, Bukan Pakai Botol Plastik Jenis Ini!

FUNGSI TUB CLEANING MESIN BASUH

fungsi tub cleaning

Gambar: GetSetClean

Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat dekat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, itu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh.

Apa? Ya, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

FUNGSI SOAK/TUB CLEANING dekat mesin basuh itu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

CARA GUNA TUB CLEANING PADA MESIN BASUH

So, mudah sahaja cara nak basuh mesin basuh:

  1. Tekan ON
  2. Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START.
  3. Bila mesin dah bergerak, isi air hingga tub hampir penuh dan masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.
  4. Kemudian, tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya.
  5. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.

**sukatan cuka dan soda bikarbonat itu main agak sahaja, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat. Kalau tak letak soda pun okay dah sebab cuka sifatnya asid, jadi buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.

Baca juga: Langkah Mudah Cuci Komponen ‘Drum’ Mesin Basuh, Baru Tahan Lama & Badan Tak Gatal!

Itu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh. Nanti cuba buat dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2 bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.

Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi pulak tolak mesin basuh yang 8 tahun digunakan tiba-tiba stop.

Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu. Tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita itu yang dah dibaiki beza RM200 sahaja dengan harga mesin yang baru beli.

Aduhhh, rugi rasanya sebab selama 8 tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ini, lepas itu baru tahu hehe.

Baca juga: Tips Ubah Rumah Banyak Barang Jadi Minimalis, Barulah Sedap Mata Memandang!

Sumber: Ika Hazman

FT Image: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×