DIY & Kraf

[VIDEO] Cara Mudah Cuci Mesin Basuh, Buang Kotoran & Keladak!

46
SHARES
cuci mesin basuh

Selama ini, ada yang tidak tahu bahawa kotoran dalam mesin basuh sememangnya boleh dicuci. Sangat mudah rupanya nak cuci mesin basuh tak perlu pakai banyak tenaga, wanita pun boleh buat seorang diri tanpa bantuan.

Walaupun, mesin basuh ini fungsinya membasuh bersih pakaian kotor tetapi pernahkah anda terfikir bagaimana nak mencuci sisa kotoran yang terlekat di penapisnya pula? Jika anda tidak tahu, mari cari tahu!

Baca juga: 4 Petua Supaya Rumah Kekal Wangi & Bersih, Barang Digunakan Pun Senang Je!

CUCI MESIN BASUH CARA MUDAH BUANG KOTORAN & KELADAK!

cuci mesin basuh

Melalui perkongsian video oleh Along Hazirin di laman sosial Titkoknya, sangat mudah ya nak mencuci kotoran mesin basuh ini. Hanya beberapa langkah sahaja.

1. BERSIHKAN PENAPIS MESIN BASUH BAHAGIAN TEPI

Bila tengok dalam mesin basuh, mesti akan nampak penapis atau filter di bahagian tepi dalam mesin basuh kan? Itulah penapis segala kotoran dan habuk pakaian ketika proses membasuh.

CARA MEMBERSIHKANNYA:

cuci mesin basuh

1. Mudah saja, anda hanya perlu cabut dan keluarkan penapis dari mesin basuh.

2. Bawak penapis tadi ke singki atau bilik air untuk dicuci bersih bahagian luar dan dalamnya.

3. Kemudian setelah bersih, pasang semula penapis tadi di tempat asalnya.

Bahagian luar dan bahagian dalam penapis itu perlu dibasuh sebulan sekali pun okay. Jika dilihat dalam paparan video dibawah, penapis itu penuh dengan kekotoran hitam berlendir. Mesti rasa geli melihatnya kan?

Demi kebersihan pakaian dan mengelakkan badan kita miang, rajin-rajinlah cuci penapis tersebut.

2. BERSIHKAN PENAPIS BAHAGIAN BAWAH

Dah selesai penapis di tepi, bersihkan pula ‘penapis’ di bahagian bawah. Sekali pandang memang tak nampak sebab tertutup, bila dah bukak penuh kekotoran dan keladak yang terkumpul dekat bawah tu juga.

CARA MEMBERSIHKANNYA:

cuci mesin basuh

1. Buka dulu bahagian bawah tersebut dengan mengumpil menggunakan alatan yang sesuai.

2. Kemudian buka skru yang ada dengan pemutar skru.

3. Cabut penapis tersebut dan bawa keluar untuk dicuci bersih.

4. Sementara itu bagi bahagian dalam mesin basuh, nyalakan mesin basuh dengan menekan butang ‘on’, biarkan air mengisi mesin basuh sekejap.

5. Air tak perlu penuh, asalkan ada untuk anda menggosok mesin yang penuh dengan kotoran tertinggal dengan span. Pastikan tekan butang ‘off’ dulu, sebelum anda menyental mesin tersebut.

6. Keluarkan air takungan kotoran dengan menekan butang ‘spin’.

7. Proses 5 & 6 anda boleh ulang semula sampai rasa puas hati, letak air sabun pun boleh.

8. Setelah selesai membasuh penapis dan bahagian dalam mesin, bolehlah pasang semula seperti asal. Siap!

Bila dah tahu cara mencuci mesin basuh, barulah rasa terjamin bersih mencuci baju lepas ini. Sehingga kini, gabungan perkongsian video-video beliau telah mendapat 1,446,700 juta jumlah tontonan. Selamat mencuba!

VIDEO PENUH PART 1:

VIDEO PENUH PART 2:

Sumber: Tiktok Along Hazirin Part 1 & Part 2

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×