DIY & Kraf

Penat Cuba Tapi Kepala Paip Tak Boleh Sambung Hos Mesin Basuh, Lelaki Ini Kongsi Penyelesaiannya!

8
SHARES
kepala paip

Nak pasang mesin basuh, tetapi kepala paip yang disediakan pemaju tidak dapat bersambung dengan hos mesin tersebut. Kesudahannya, anda kebingungan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jangan risau! Melalui perkongsian kali ini dari saudara MoFaz AJ, kini anda sudah boleh memperbaiki beberapa masalah perpaipan mesin basuh dengan sendiri.

Baca juga: Tips Jimat Cat ‘Apartment’ Dengan Kos RM130, Tak Perlu Upah Orang Sampai RM800!

KEPALA PAIP MESIN BASUH

kepala paip

Gambar: MoFaz AJ

Antara masalah yang sering timbul apabila pili tidak boleh bersambung dengan paip mesin basuh adalah:

  1. Pihak pemaju tidak menyediakan kepala paip yang bersesuaian untuk penyambung air ke mesin basuh.
  2. Pihak pemaju sudah pun menyediakan kepala paip yang bersesuaian tetapi berlaku ketirisan.
  3. Kepala paip yang sama diperlukan untuk kegunaan paip getah biasa, yang ukur lilitnya lebih besar berbanding paip penyambung air ke mesin basuh.

Berikut merupakan jalan penyelesaian yang dikongsikan oleh MoFaz AJ.

Baca juga: Individu Ini Dedah Modus Operandi Jahat Di R&R, Ada ‘Tangan Panjang’ Cabut Skru Kereta Orang Awam!

Baca juga: Modal RM35 Je Tapi Seperti Magik, Pintu Bilik Terus Bertukar Cantik Ala ‘English Style’!

Masalah pertama guna penyesuai (adapter) khas 

kelapa paip mesin basuh

Gambar MoFaz AJ: Sambungan adapter mesin basuh ke pili baru dan bahagian depan adalah adapter untuk quick connector (kiri), tiada kebocoran walaupun sambung paip mesin basuh pada quick connector (kanan).

Penggunaan penyesuai (adapter) khas untuk paip penyambung mesin basuh bagi menyelesaikan masalah pertama. Dengan adanya adapter khas ini, tiada lagi masalah dengan ukuran lilitan yang berbeza.

Masalah kedua guna pita putih sebagai bahan penampal 

kepala paip

Gambar MoFaz AJ: Pita putih tak perlu tebal, 2-3 lilit sahaja.

Anda hanya perlukan pita putih atau white tape yang berfungsi sebagai bahan penampal yang menghalang air daripada menembusi ruang-ruang antara sambungan paip.

Lilitan pita putih di sekeliling bahagian muncung kepala paip sebelum menyambungkan adapter, dapat menyelesaikan isu tersebut.

Sebaiknya simpan beberapa gelung pita putih di rumah untuk kegunaan masa depan. Cara ini boleh juga digunakan jika berlaku ketirisan air di tempat lain.

Masalah ketiga beli kepala paip dua saluran keluar air (outlet)

kelapa paip mesin basuh

Gambar MoFaz AJ

MoFaz menemukan kaedah yang tidak memerlukan bersusah-payah untuk menukar muncung kepala paip berulang-kali. Anda hanya perlu gantikan kepala paip sedia ada dengan kepala paip yang mempunyai dua outlet.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cermin Kereta Retak Terkena Batu Mesin Rumput, Lelaki Ini Kongsi Tindakan Diambil!

Sumber: MoFaz AJ

FT Image: MoFaz AJ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×