Ada individu lebih memilih untuk menggunakan tenaga sendiri, berbanding mengupah tukang cat. Hal ini kerana, ia lebih menjimatkan kos mengecat rumah.
Namun, tanpa mengupah tukang cat juga boleh mengeluarkan modal yang tinggi, sekiranya anda kurang cakna tentang pemilihan jenis cat dan peralatan yang diperlukan.
Baca juga: Modal RM35 Je Tapi Seperti Magik, Pintu Bilik Terus Bertukar Cantik Ala ‘English Style’!
MENGECAT RUMAH ‘APARTMENT’ DENGAN JIMAT
Justeru itu, tips dan panduan yang dikongsikan Muhammad Naqiuddin di bawah ini boleh dijadikan panduan buat semua, terutamanya jika anda tinggal di dalam rumah pangsapuri. Selamat mengecat!
CARA JIMAT DUIT UNTUK MENGECAT RUMAH
1. Beli cat sendiri
Fahami jenis cat dan karakternya. Cat pilihan aku dengan jumlah kos RM96 ialah:
- 18 liter Nippon Matex Maxi White 18 – RM68
- 1 liter Nippon Easy Wash berwarna kelabu pekat (seakan hitam) – RM28
Boleh juga pakai cat jenama Jotun Jotaplas. Dua jenis cat ini memang ‘viral’ dan geng kontraktor suka pakai, selain murah dan elok.
Aku bancuh kedua-dua warna cat itu, kemudian dapat warna kelabu muda (light grey) seperti gambar di atas.
Berbeza kalau beli cat ikut kod warna terus seperti pakai Matex 5 liter pun dah cecah sekitar RM70. Jadi, di sini dah dapat jimat banyak. Aku berhabis RM96 dengan cara bancuh sendiri, berbanding berhabis RM28 untuk dapat kuantiti cat yang sama iaitu 18 liter.
Kekurangannya ialah mungkin tak dapat kod warna yang diinginkan. Jadi, aku sarankan kalau nak guna kaedah ini cuba dulu bancuh sikit-sikit.
Tapi sebolehnya campur ikut kuantiti. Contoh aku kira, campur 1 liter : 18 liter. Jadi, pada masa hadapan jika nak beli cat warna sama, bancuh guna nisbah yang sama.
Aku dah pakai kaedah ini bertahun-tahun. Alhamdulillah, tiada isu cat tertanggal atau cat pudar dan sebagainya.
Baca juga: Penat Tau Buat Semua Dalam Sehari, Jadual Bersihkan Rumah Ini Boleh Ringankan Beban!
2. Beli peralatan cat
Peralatan cat seperti satu berus cat kecil dan berus roller. Pemilihan berus roller juga penting dan disarankan beli dua jenis berus roller yang berbeza iaitu Nap atau Thickness wool dia.
Contoh, aku beli dua jenis berus ini sebab nak cat bahagian dalaman sahaja:
- 1 roller brush 3/8″ nap guna untuk first layer
- 3/16″ untuk final layer memberi kesan permukaan lebih licin
Kalau cat bahagian luar rumah guna Nippon Weatherbond dengan permukaan dinding luar yang kasar, aku akan guna berus roller jenis 3/4″ nap.
Ketebalan bulu berus ada perbezaan funsi. Jenis tebal akan simpan banyak cat jadi tak perlu nak ulang-alik celup cat.
Kemudian, pakai berus roller nipis untuk hasilkan kesan rata dan cantik. Bagi menghasilkan kesan garisan yang kemas dan cantik, aku beli pita pelekat di kedai RM2.
Jumlah kos peralatan RM35:
- Berus sintetik – RM4
- 2 unit berus roller – RM14
- Pemegang berus roller – RM7
- 5 biji pita pelekat – RM10
Kuantiti pita pelekat untuk rumah ikut kesesuaian rumah anda.
Aku tak pakai thinner untuk bersihkan cat yang tumpah, sebaliknya aku guna tuala basah dah alas untuk meminimakan tumpahan atau menitik itu. Nippon Matex yang aku pakai adalah cat water based, jadi senang hilang.
Baca juga: Tips Keringkan Pakaian Guna ‘Dryer’ Dobi Layan Diri, Rupanya KENA Buat Macam Ini
3. Mengecat rumah sendiri
Aku dapat berjimat RM800 sebab kos panggil tukang cat kebiasaannya sekitar harga itu untuk rumah pangsapuri (apartment). Kalau rumah teres jejak RM2,500 untuk kerja mengecat luar dan dalam.
- Jumlah kos untuk mengecat rumah = RM0
Kos keseluruhan mengecat satu unit rumah pangsapuri RM131
Hanya bermodalkan RM131 untuk mengecat rumah pangsapuri aku, termasuk:
- Ruang tamu
- Dapur
- 3 bilik tidur
- 2 bilik air
Walaupun tak berkualiti tinggi macam cat easy wash, tapi sekurang-kurangnya aku dapat mengecat rumah pada harga yang okey dengan kualitinya pada pandangan aku adalah cantik.
Baca juga: Trik Elak Pakaian Dijemur Kena Hujan Atau Melekat Asap, Idea Bernas Ini Tak Ada Bau Hapak Pun!
Tips!
Ada cara untuk menimbulkan suasana rumah itu sama ada besar memanjang atau besar melebar dengan hanya menggunakan cat. Sila rujuk gambar di atas.
Baca juga: Ramai Minta Tips Sebab Kagum Wanita Ini Deko Sendiri Rumahnya, Minimalist Estetik!
Sumber: Muhammad Naqiuddin
FT Image: Diynetwork / Mohd Amirul Aizad