Tempat jemuran baju kebiasaannya berada di luar rumah untuk memudahkan ia kering secara semula jadi apabila terkena cahaya matahari. Namun, timbul masalah lain apabila pakaian yang dijemur melekat dengan bau asap atau basah terkena air hujan yang tiba-tiba turun.
Nak tak nak, pakaian-pakaian yang ‘tercemar’ itu perlu dibasuh semula. Bertambahlah kerja~ Jadi untuk menyelesaikan isu ini, terdapat satu kaedah yang bernas dikongsikan oleh Nurul Amira buat pembaca semua.
Baca juga: JANGAN Pilih 3 Warna Ini Dalam Bilik Tidur, Jika Tidak Tidur Tak Selesa Bangun Pagi Jadi ‘Zombie’!
TEMPAT JEMURAN BAJU
Kaedah tersebut adalah menggunakan plastik lut sinar untuk cover atau menutup pakaian di ampaian ketika proses menjemur. Cuaca memang tidak boleh diramal tapi kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan beban kerja di rumah.
“Aku nak kongsi benda ini paling penting kot. Lagi-lagi anda jemur baju pagi, balik petang baru angkat. Kalau hujan selamat baju dik~ Lagi rumah dekat jalan besar selamat dari habuk dan bau asap kurang enak tu.
“Jemur dekat balkoni pun kalau hujan biar berbumbung kena tempias dik oi. Harga tak sampai beratus pun, plastik ini tebal pun tebal dan tak menyesal guna.
“Kalau yang suri rumah itu siap ada anak-anak kecik takkan nak lari-lari dekat hujan angkat pakaian kan. Boleh beli di sini. Semoga bermanfaat,” tulis Nurul Amira di hantarannya.
Baca juga: Cermin Kereta Retak Terkena Batu Mesin Rumput, Lelaki Ini Kongsi Tindakan Diambil!
Tak hapak atau kepam ke?
Meninjau di ruangan komen, terdapat satu kekhuatiran yang timbul dalam kalangan warga maya iaitu sama ada pakaian akan berbau hapak atau kepam sekiranya menggunakan kaedah ini.
Melihat komen-komen yang dibalas, ramai menyatakan kaedah ini tidak membuatkan pakaian berbau hapak atau kepam. Hal ini kerana, plastik tersebut tidak menutup di bahagian bawah ampaian yang mana ia mewujudkan laluan haba dan angin untuk keluar dan masuk.
Baca juga: Elak Patah Pinggang, Guna 4 Kaedah Ini Bersihkan Langsir ‘Blackout’ Yang Tebal & Berat!
Komen-komen dari warga maya
Sementara itu, ramai warga maya yang bersetuju dan telah menggunakan plastik sebagai cover pakaian mereka di ampaian.
“Saya pun dulu guna plastik juga, tapi plastik yang dijual pakai lapik meja. Jadilah terlindung dari kena hujan. Kita kerja balik dah petang, kalau hujan selamat juga baju-baju itu dari basah dek hujan.
“Apa pasal saya tak terfikir buat macam ini? Padahal banyak ada plastik ini buat greenhouse untuk tanaman. Sayur-sayuran kemain jaga takut kena hujan, baju boleh pula tak terfikir huhuhu. Penat angkut baju berlari kalau hujan.
“Idea yang baik. Kekadang itu panas trik, tetiba sahaja hujan turun. Basah sikit kain kena hujan dan cuaca tak menentu.
“Maksudnya benda ini lebih kepada standby kalau-kalau dah jemur baju tiba-tiba nak keluar. Bolehlah sarung plastik ini, sekurang-kurangnya kalau balik lewat dan hujan, baju selamat dari kena basuh semula.
“Saya memang jemur baju guna ampaian macam itulah di belakang rumah. Ada satu dua atau tiga kali itu hujan tak perasan. Bila sedar rupanya dah hujan dalam 5-10 minit. Serius memang tak perasan. Lencun lah baju. Kutip dan basuh semula,” antara komen-komen yang ditinggalkan.
Baca juga: Patutlah Rumah Rasa ‘Vibe’ Spa, Rupanya Ada Cara DIY Pewangi Yang ‘Sebijik’ Baunya!
Sumber: Nurul Amira
FT Image: nsit0108