Deko & Hias

2 Cara Mudah ‘Alter’ Baju Berlubang Akibat Seterika Panas, Terus Boleh Pakai!

18
SHARES
pakaian terkena seterika panas

Ramai sahaja di luar sana, mempunyai pengalaman pakaiannya terkoyak atau berlubang sewaktu menggunakan seterika (iron). Kadang disebabkan melakukan dua tiga kerja atau mengelamun atau suhu seterika telah set terlalu tinggi. Jadi, takkan nak buang begitu sahaja pakaian terkena seterika panas?

Lebih-lebih lagi, pakaian tersebut ada menyimpan seribu satu memori seperti baju pernikahan anda. Justeru itu, penulis ingin kongsikan dua cara yang mudah untuk anda membaiki pakaian berlubang atau terkoyak akibat seterika panas seperti di bawah!

Baca juga: 9 Cara Menghilangkan Pepijat (Bed Bug) Di Tempat Tidur, Ada Orang Guna Kulit Durian Tau!

PAKAIAN TERKENA SETERIKA PANAS SAMPAI TERKOYAK/BERLUBANG

TEKNIK PERTAMA

pakaian terkena seterika panas

Berikut merupakan salah satu cara untuk alter pakaian yang berlubang akibat seterika panas:

  • Jarum dan benang
  • Kain lapik
  • Kain renda sulaman bunga (corak ikut suka)
  1. Sediakan kain lapik untuk diletakkan pada bahagian dalam baju yang berlubang.
  2. Di bahagian luarnya pula gunakan kain renda (lace) sulaman bercorak bunga.
  3. Kemudian, jahit tangan jelujur halus di sekeliling bunga sulam tersebut.

Hasilnya, pakaian yang berlubang tadi kelihatan lebih cantik setelah ditutup dan dihiasi dengan kain renda bermotifkan bunga!

Sumber: Tiktok @tizaza.com

Baca juga: 3 Cara Mudah Hilangkan Habuk Di Celahan Tingkap, Rumah Lebih Bersih!

Baca juga: 5+ Jenis Karpet Popular Di Malaysia, Ciri-Cirinya Tak Mudah Terlipat & Rosak!

TENIK KEDUA

pakaian terkena seterika panas

Seterusnya pula, tips untuk membaiki pakaian yang terbakar akibat seterika panas. Teknik ini, memerlukan anda untuk melukis dan menyulam di atas kesan terbakar tersebut.

Sekiranya anda seorang yang berseni tangannya, boleh sahaja menggunakan idea ini. Caranya seperti berikut:

  • Pensil
  • Jarum dan benang
  1. Lukiskan motif, corak atau gambar yang anda gemari pada kesan terbakar tersebut.
  2. Kemudian, pilih benang yang bersesuaian dengan warna pakaian.
  3. Seterusnya, bolehlah anda menjahit sulaman mengikut lukisan yang telah dilukiskan tadi.

Hasilnya, pakaian yang terbakar tadi sudah ‘bersih‘ dari cacat dan celanya.

Sumber: Tiktok @props.m

Baca juga: ‘Trick’ Mudah Bersihkan BEG TANGAN Dari Habuk & Kotoran, Hasilnya Bagaikan Baru Dibeli!

FT Image: Tiktok @tizaza.com / Tiktok @props.m / smoothwares

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×