Deko & Hias

‘Trick’ Mudah Bersihkan BEG TANGAN Dari Habuk & Kotoran, Hasilnya Bagaikan Baru Dibeli!

2
SHARES
rutin penjagaan beg tangan

Bentuknya yang padat dan boleh dipegang dengan satu tangan menjadikan beg tangan laku keras. Tidak hairanlah ramai yang membeli lebih daripada satu, tetapi sudah tentu rutin penjagaan beg tangan adalah jauh lebih penting.

Penggunaan beg tangan yang kerap menjadikan penampilannya mudah kotor dan kusam. Penampilan beg tangan yang kotor juga tidak akan menarik dan ia sebenarnya memberi peluang untuk membeli baru. Jangan risau, ada muslihat untuk membersihkan beg tangan yang berhabuk atau kotor seperti di bawah!

Baca juga: MINYAK KUIN Cara Orang Dulu Cat & Rawat Dinding Kayu Rumah Kampung, Lambat Reputnya!

RUTIN PENJAGAAN BEG TANGAN

rutin penjagaan beg tangan

Gambar: AngieYeoh/Shutterstock

1. Beg tangan jenis kulit

  1. Guna kain kering untuk mengelap habuk dan kotoran dari permukaan kulit beg tangan.
  2. Ambil kain lain, sapukan pembersih kulit berkualiti dan kemudian gosok dalam gerakan membulat.

Selain itu, untuk pembersihan yang cepat dan mudah, anda boleh pertimbangkan kain lap beg tangan yang khusus.

Baca juga: AWAS Elak Litar Pintas, Pengguna Perlu Tahu 4 Jenis Wayar ‘Extension’ Ini Beza Fungsinya!

2. Beg tangan jenis kanvas

Jika beg tangan anda mempunyai bahan halus, kulit atau ciri khas lain:

  1. Sebaiknya basahkan tangan dalam mangkuk air suam dengan beberapa titik sabun pinggan.
  2. Gunakan kain putih biasa yang dicelup dalam larutan untuk menghilangkan noda.
  3. Setelah beg tangan kanvas bersih, bilas dalam besen air sejuk sebelum memerahnya dan biarkan ia kering.

Jika beg tangan tidak mempunyai ciri khas:

  1. Boleh mencucinya dengan mesin mengikut arahan penjagaan. Gunakan air suhu biasa pada tetapan kelajuan rendah.

3. Beg tangan jenis vinyl

  1. Campurkan satu sudu detergen dalam semangkuk air suam.
  2. Kemudian celupkan span dalam larutan dan kemudian gosok serta bersihkan seluruh permukaan beg tangan.
  3. Selepas selesai, basuh span lalu rendam ke dalam air biasa untuk membilas detergen.
  4. Lap kain kering di atas beg tangan sehingga kering.

Jika masih melihat noda, letakkan setitik dua detergen pakaian terus ke noda. Kemudian gosok dengan jari sehingga noda pudar.

Jika terdapat kesan dakwat, semburkan penyembur rambut terus pada noda. Biarkan beberapa minit sebelum gosok dengan kain lembut.

Baca juga: 7 Idea Kombinasi Warna Cat Rumah Yang Mempesona, Baru ‘Matchy’ Dengan Perabot!

Cara menghilangkan kesan air

  • Gosokkan kain bebas serat pada kesan air, kemudian biarkan ia kering
  • Kotoran dakwat boleh dirawat dengan mengelap bola kapas yang dilembapkan dengan alkohol pada noda
  • Kesan minyak pula, sapukan noda tersebut dengan kain microfiber dan kemudian letakkan tepung jagung padanya semalaman.

Tempoh disarankan untuk membersihkan beg tangan

  • Seminggu sekali adalah masa terbaik untuk membersihkan beg tangan anda
  • Juga bersihkan pemegang dan bahagian bawah beg tangan yang kebiasaannya merupakan kawasan paling kotor
  • Lakukan pembersihan menyeluruh di dalam dan luar bahagian beg tangan

Baca juga: Lakukan 8 Tips Ini Bila Beli KERETA TERPAKAI, Jangan Percaya ‘Owner & Salesman’ 100%!

Sumber: Sajian Sedap Grid

FT Image: tumbledry

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×