Wire extension atau wayar penyambung merupakan perantik elektrik yang pastinya ada di dalam kebanyakan rumah. Jenis-jenis wire extension juga ada pelbagai di pasaran dan berbeza juga fungsi-fungsinya.
Oleh itu, ia tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana boleh mengakibatkan litar pintas dan kebakaran. Kalau pengguna nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian James Hukala di bawah.
Baca juga: Cara Cuci TINGKAP NAKO Lejen, Stail Rumah Lama Banyak Pasang Jenis Ni!
JENIS-JENIS WIRE EXTENSION
Ambil tahu jenis extension wire di rumah, ada yang tak sesuai dengan alat elektrik yang digunakan.
Hari ini saya kongsi tentang peralatan wayar penyambung atau adaptor, untuk ibu bapa atau pengguna sila ambil perhatian. Ingat, jangan sesekali beli barangan elektik yang murah jika ia tidak diuji, tidak diluluskan dan tidak mengikut ISO.
Baca juga: Tips Putihkan Baju Sekolah Lama Guna Sabun ‘Buku’ Ini, Clorox & Nila Boleh Simpan Tepi!
1. Penyambung wayar (extension wire)

Gambar: James Hukala
Wayar penyambung ini hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara atau kerja berpindah. Ia tidak sesuai untuk peti sejuk, alat penghawa dingin, ketuhar, microwave dan water heater.
Pastikan wayar ditarik semua daripada kotaknya bila digunakan untuk mengelakkan rintangan (resister) aliran elektrik akan tersekat. Tanpa berbuat demikian bil elektrik akan melambung, lebih parah lagi boleh mengakibatkan kebakaran disebabkan litar pintas (shock circuit)
Jika guna vacuum cleaner atau water jet cleaner pastikan wayarnya ditarik habis, jika tidak alat mudah panas dan rosak.
2. Plug tiga pin (3 pin adaptor)

Gambar: James Hukala
Alat ini juga hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara. Tidak sesuai untuk televisyen, radio, komputer, peti sejuk lebih-lebih lagi peralatan elektronik digital.
Baca juga: 7 Cara Hilangkan Bau Kucing Dari Rumah, Termasuk Bau Hancing & Bulu Kucing!
3. Powercube

Gambar: James Hukala
Boleh digunakan untuk komputer, televisyen dan laptop. Jangan guna untuk microwave, peti sejuk dan ketuhar kerana bahaya. Peralatan yang menggunakan banyak tenaga elektrik, disarankan untuk terus sambung pada soket utama di rumah.
4. Extension plug

Gambar: James Hukala
Disyorkan dan paling bagus untuk kegunaan televisyen, DVD dan komputer. Namun, pastikan ada kelulusan SIRIM atau ISO.
Baca juga: 9 Tips Bersihkan Tangan Dari Cat Semburan, Tak Perlu Susah Payah Sental Kulit Tau!
Sumber asal: James Hukala
Sumber: Nora Syikin
FT Image: James Hukala