Nako merupakan salah satu jenis tingkap yang ada pada binaan rumah di Malaysia yang berbingkaikan besi dan gril di sekelilingnya. Cara cuci tingkap nako ini pun mudah! Tips ini bukan hanya membersihkan tingkap sahaja, malah bingkainya sekali.
Selain itu, Zaza Zalina juga berkongsi tips untuk memastikan besi pada tingkap nako tidak berkarat dan lebih lancar apabila ia dibuka dan ditutup. Jom baca!
Baca juga: Tips Putihkan Baju Sekolah Lama Guna Sabun ‘Buku’ Ini, Clorox & Nila Boleh Simpan Tepi!
CARA CUCI TINGKAP NAKO
Bagi saya misi ini memang ada cabarannya. Kena betul-betul sabar, tenang dan gembira untuk melaksanakannya. Manakan tidak, tersilap langkah boleh melecet jari-jemari waktu operasi ini tau.
Inilah cara saya membersihkan tingkap nako dekat rumah ini. Ia perlu dilakukan 6 bulan sekali atau bila tingkap didapati kotor memang perlu dibersihkan.
Jomlah kita cuci Tingkap Nako lejen ini ha. Selamat mengemas rumah buat semua!
Baca juga: 7 Cara Hilangkan Bau Kucing Dari Rumah, Termasuk Bau Hancing & Bulu Kucing!
Bahan diperlukan dan proses mencuci tingkap:
- Kain pengelap
- Sabun pencuci pinggan
- Air
- Basahkan kain lap dan picitkan sedikit sabun.
- Kemudian, bolehlah mula sesi mengelap tingkap nako anda.
- Tiap kali kain lap itu kotor, perlu dibilas dan lap lagi ya.
- Pastikan semuanya dilap, termasuklah bingkai besi dan gril juga perlu disental bersih.
Baca juga: 9 Tips Bersihkan Tangan Dari Cat Semburan, Tak Perlu Susah Payah Sental Kulit Tau!
Tips tingkap nano mudah dibuka
Anda perlukan minyak mesin yang serbaguna atau minyak masak untuk melancarkan pergerakan tingkap apabila ingin dibuka atau ditutup. Selain itu, ia dapat mengelakkan besi berkarat juga.
Caranya dengan memicit sedikit minyak mesin pada ruang kecil tingkap di bahagian tepi seperti gambar di atas.
Baca juga: 4 Kaedah Betul & Mudah Basuh Bantal, Ikut Kategori Kotoran Mana Satu Yang Ada!
Sumber: Zaza Zalina via #kemasrumahwithhani
FT Image: Zaza Zalina