Cat semburan sangat berguna, tetapi ia juga boleh mengucar-ngacirkan penampilan anda jika terkena pada tangan. Sememangnya, hampir mustahil untuk mengelakkan kesan cat pada tangan apabila menggunakannya. Jadi, pada artikel kali ini terdapat 9 tips bersihkan cat semburan yang melekat pada tangan dan juga boleh dilakukan dengan mudah.
Baca juga: 4 Kaedah Betul & Mudah Basuh Bantal, Ikut Kategori Kotoran Mana Satu Yang Ada!
TIPS BERSIHKAN CAT SEMBURAN PADA TANGAN
Sebelum itu, pastikan anda melakukan pembersihan tangan yang terkena cat di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik sekiranya menggunakan bahan aseton atau tiner cat.
Juga, setelah cat berjaya dihilangkan, gunakan pelembap untuk menghidrat semula dan menenangkan kulit.
Baca juga: Cara Mudah Cuci Dinding Bilik Air Banyak Kotoran Degil Tanpa Perlu Sental, Tips Ahli Kimia!
1. Berus gigi
Berus gigi boleh digunakan untuk menyental cat degil dari tangan. Cat yang melekat pada kawasan kecil seperti hujung jari, kuku dan pada lipatan tangan, boleh menjadi sangat sukar untuk dihapuskan.
- Keringkan noda cat yang mengeras selepas anda mencuci tangan.
- Gunakan berus gigi yang bersih untuk menggosok cat selepas mencucinya.
2. Tiner cat
Gosokkan tiner cat ke seluruh kulit yang terkena cat. Tiner akan memecahkan zarah cat supaya boleh menghilangkannya dengan mudah.
3. Minyak kelapa dan baking soda
Hilangkan noda cat dengan pembersih buatan sendiri.
- Campurkan 120 ml minyak kelapa dan 120 ml baking soda dalam bekas.
- Kacau hingga rata dan letakkan pada tangan.
- Gosok kedua-dua telapak tangan seperti membentuk buih dari sabun.
- Kemudian, urutkan campuran minyak ini pada kulit untuk menghilangkan noda cat.
Boleh gantikan minyak kelapa dengan minyak sayur atau minyak zaitun juga.
Baca juga: Tips Cuci Sinki ‘Stainless Steel’ Berkerak Hitam Akibat Terkena Asid Pencuci, Guna 2 Benda Je!
4. Rubbing alcohol (isoproil alcohol)
Sekiranya anda tidak mempunyai aseton atau tidak mahu menggunakan penanggal pengilat kuku, cuba gunakan rubbing alcohol.
- Celupkan kapas dalam alkohol, kemudian sapukan terus pada cat.
- Gosok noda cat dengan rubbing alcohol sehingga ia hilang.
- Bilas cat selepas anda membasahkannya menggunakan alkohol.
5. Penanggal pengilat kuku
Gunakan penanggal pengilat kuku berasaskan aseton untuk memecahkan zarah cat.
- Tambahkan sedikit penanggal pengilat kuku pada bola kapas dan sapukan terus pada cat.
- Selepas itu, bilas cat menggunakan air panas.
6. Ampas kopi
- Campurkan ampas kopi dengan sabun.
- Tambah beberapa titis sabun pinggan ke tangan anda.
- Gosok tangan sehingga banyak buih terbentuk.
- Tambah satu sudu serbuk kopi di atas buih.
- Gosok tangan bersama-sama untuk memecahkan dan menghilangkan kesan cat yang melekat pada kulit anda.
- Seterusnya, basuh campuran sabun dan serbuk kopi menggunakan air panas.
Baca juga: Tips Pulihkan Pokok Yang Layu Terlupa Siram, Jangan Panik! Selamatkan Dengan Teknik Ini
7. Mayonis
Gunakan mayonis untuk mengeluarkan cat berasaskan minyak.
- Sapukan sedikit mayonis pada tangan terkena cat.
- Kemudian gosokkan tangan anda bersama-sama untuk menangani cat pada kulit.
- Biarkan mayonis berada pada kulit selama kira-kira 2 minit.
- Setelah itu, gunakan sabun dan air untuk membilasnya.
8. Sabun pencuci pinggan
- Tuangkan sedikit sabun pencuci pinggan biasa pada kulit badan terkena bercat.
- Gosokkan sabun pencuci pinggan hingga berbuih, lalu urutkan pada kulit.
- Gosok tangan untuk mengangkat dan memerangkap zarah cat supaya anda boleh mencucinya dengan mudah.
9. Minyak zaitun
Sebaik sahaja cat kering, mungkin sukar untuk menghilangkannya. Sesetengah minyak semula jadi seperti minyak zaitun atau minyak sayuran boleh memecahkan zarah dalam cat yang menyebabkan ia melekat pada kulit.
- Sapukan minyak pada tangan.
- Gosokkan ke dalam kulit untuk melonggarkan cat.
Baca juga: Petua Halau Monyet Liar, Guna Belacan & Gantung, Esok ‘Nyet’ Tak Datang Rumah Dah!
Sumber: wikiHow