Deko & Hias

Cara Mudah Cuci Dinding Bilik Air Banyak Kotoran Degil Tanpa Perlu Sental, Tips Ahli Kimia!

35
SHARES
dinding bilik air

Dinding bilik air yang melekat dengan kotoran degil memang sukar dihilangkan jika tidak disental. Tapi sebenarnya, ada cara mudah untuk membersihkannya tanpa perlu menyental lama seperti dikongsikan oleh ahli kimia Dr. Fatimah Salim.

Jom ikuti proses-proses mencuci dinding bilik air yang kotor seperti di bawah.

Baca juga: 5 Tanda Awal ‘Power Steering’ Kereta Ada Masalah, Patutlah Rasa Berat Bila Nak Belok!

DINDING BILIK AIR KOTOR

dinding bilik air

Gambar: freepik

Bersihkan dinding kamar mandi dengan mudah

Seorang rakan ‘tag’ saya pada post yang meminta cadangan cara membersihkan kaca bilik mandi yang dipenuhi noda setelah banyak petua dan cara yang dilakukan tidak berjaya.

Saya tiada pengalaman membersihkan cermin kaca di bilik mandi. Biasa saya bersihkan ialah jubin dinding kamar mandi.

Namun disebabkan punca kotoran pada cermin adalah sama dengan dinding jubin kamar mandi iaitu sabun, kerak air dan juga aktiviti bakteria, maka mungkin cara saya ini boleh membantu. Cuma harus dipastikan bahan bina (material) dinding itu kaca sebenar. Kalau plastik, takut menggerutu pula sebab terhakis di permukaan.

Baca juga: Tips Cuci Sinki ‘Stainless Steel’ Berkerak Hitam Akibat Terkena Asid Pencuci, Guna 2 Benda Je!

Amaran:

  • Cara ini adalah untuk mereka yang berani dan cermat!

Cara-caranya:

  1. Tuangkan cecair peluntur Clorox dalam bekas yang boleh menghasilkan droplet aerosol (seperti gambar di bawah).
  2. Spray pada permukaan dinding tiles atau kaca yang kotor, lagi berkesan jika permukaan adalah kering.
  3. Kemudian, tinggalkan selama beberapa jam atau lebih baik semalaman.
  4. Esok pagi bangun, masuk bilik mandi, pasti bersih berkilat.
  5. Jika masih lagi ada bau clorox, boleh siram dengan air shower atau air paip.
  6. Jika kurang berkilat, boleh lap dengan kain.

Cara ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang tidak suka MENYENTAL. Boleh juga digunakan untuk membersihkan tub mandi, sinki atau mangkuk tandas.

Contoh untuk mangkuk tandas, spray keliling mangkuk tandas dan tinggalkan semalaman. Jika masih lagi berbaki noda, bolehlah disental sedikit dengan berus tandas.

Baca juga: Bau Tengik Seakan Kencing Kucing, Rupanya Ini Antara 7 Bau Amaran Bahaya Dalam Rumah!

PERHATIAN:

dinding bilik air

Gambar: prostooleh

1. Cecair peluntur bersifat bes yang kuat, boleh merengsa atau menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.

2. Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng yang mampu menghalang bau cecair peluntur dihidu kerana ianya mudah meruap dan boleh menyebabkan komplikasi pernafasan.

Pastikan buka tingkap atau pintu untuk membebaskan keluar gas cecair peluntur yang meruap. Pakai goggle atau cermin mata untuk mengelakkan titisan aerosol terkena mata.

3. Saya gunakan botol aerosol spray supaya senang kawal jumlah clorox yang digunakan, senang nak spray bahagian yang kita mahukan dan lebih jimat.

Paling PENTING, jika bekas masih lagi berisi, letak label dan jauhkan daripada kanak-kanak. Nanti mereka main ‘spray spray’ pula.

4. Elakkan melakukan cara ini dengan kerap, terutamanya pada permukaan yang diperbuat daripada porcelain kerana ada potensi terhakis. Ingat, ini adalah kaedah untuk menghapuskan kotoran degil!

Semoga bermanfaat. Gambar dari Google.

ChM Dr Fatimah Salim,

Ahli Kimia.

Baca juga: Suami Tunjuk ‘Skill’ Guna Meja Jepun Panjangkan Katil, Persediaan Sambut Anak Tak Lama Lagi!

Sumber: ChM Dr Fatimah Salim

FT Image: ChM Dr Fatimah Salim / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×