Deko & Hias

5 Tips Berkesan & Murah Buang Cacing Bilik Air, Tak Takut & Rasa Geli Dah!

14
SHARES
cara buang cacing bilik air

Bilik air di rumah anda ada masalah kemunculan cacing secara tiba-tiba? Mungkin anda patut cuba lima cara buang cacing bilik air seperti berikut.

Kemunculan cacing pada lantai bilik air boleh menimbulkan rasa stres, selain rasa geli dan takut. Kebiasaannya, ia muncul di rumah bawah (landed) oleh kerana permukaan lantai tandas lebih lembab terutamanya apabila hari hujan.

Baca juga: Cara Paling Mudah Rumah ‘Bersih’ Dari NYAMUK, Tanam 7 Tumbuhan Pengusir Ini!

CARA BUANG CACING BILIK AIR

cara buang cacing bilik air

Gambar: clorox

1. Garam

Garam merupakan bahan yang paling mudah didapati kerana ia sentiasa ada di dapur rumah anda.

  • Taburkan garam dengan kerap dekat bilik air dan lubang bilik air.
  • Boleh juga bancuh dengan air panas dan curahkan ke seluruh tandas.
  • Simpan sikit air garam tu dan masukkan dalam botol spray untuk disemburkan ke dinding bilik air.
  • Buat setiap malam atau seminggu sekali, ikut pada kekerapan cacing datang.

2. Peluntur (clorox)

Selain itu, anda juga boleh cuba guna peluntur. Pastikan anda berhati-hati sewaktu menggunakan peluntur kerana baunya yang kuat boleh timbul rasa sesak nafas.

  • Siram seluruh bilik air dengan air biasa dulu.
  • Kemudian, sembur bancuhan peluntur ke seluruh kawasan lantai dan dinding.

3. Cuka

Bahan cuka juga boleh digunakan untuk menghilangkan cacing di bilik air.

  • Anda hanya perlu semburkan atau curahkan cuka pada lantai dan dinding.

Baca juga: 7 Jenis Tumbuhan Pagar HIASAN Rumah Untuk Nampak Lebih Eksklusif & Privasi

4. Grout cleaner

cara buang cacing bilik air

Gambar: arusperdana

Gunakan pencuci lantai yang mempunyai label grout cleaner untuk menghilangkan cacing di bilik air.

Kebiasaannya pencuci lantai jenis ni memang berkesan dan boleh hilangkan kotoran di celahan lantai dengan efektif berbanding pencuci lantai biasa.

5. Tutup lubang dan celahan mozek atau jubin

Kalau empat cara di atas tidak berkesan, anda boleh mempertimbangkan untuk menutup celahan lubang pada mozek atau jubin (tiles). Hal ini kerana, ruang tersebut boleh menjadi ‘laluan masuk’ bagi cacing-cacing ni.

  • Simenkan antara celahan jubin atau mozek (grout) menggunakan simen putih
  • Boleh juga tampal celah mozek atau jubin dengan bancuhan Sika215 yang seperti plastersin dan datang dalam 2 bahagian. Campurkan kedua-dua bahagian tu dan uli sampai jadi doh sebelum ditamppal dekat lubang yang nak ditutup itu. Sika215 ni berkesan untuk kawasan berair, ada waterproofing dan cepat keras berbanding simen.
  • Rasanya sekarang ni pun dah ada jual grout filler yang mudah nak guna. Picit saja dekat celah-celah jubin tu.

Kesimpulan

Itu sahaja lima tips berguna yang pembaca boleh cuba di rumah untuk menghilangkan cacing di bilik air.

Sekiranya, masalah cacing masih tidak hilang dan terlalu serius anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk buat lantai bilik air yang baru dengan memeriksa semula cara pemasangan lantai di rumah.

Biarpun mengambil masa dan memakan kos, ia mungkin adalah jalan penyelesaian jangka masa panjang yang terbaik untuk keselesaan dan keselamatan bilik air anda.

Baca juga: Patutlah Kelekatu Suka Hurung Lampu Rumah, Rupanya Sebab Guna Mentol Warna INI!

Sumber: arusperdana

FT Image: tripadvisor / mygate

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×