Deko & Hias

Patutlah Kelekatu Suka Hurung Lampu Rumah, Rupanya Sebab Guna Mentol Warna INI!

21
SHARES
lampu kuning

Pernah kah anda terfikir, mengapa lampu putih lebih banyak dihurung kelekatu berbanding lampu kuning? Kalau anda nak tahu, jom ikuti hantaran menarik yang dibuat oleh saudara Muhd Hisyam sehingga mendapat 5.2k perkongsian dan 2.7k komen dari warga netizen di bawah.

Baca juga: Cara Mudah Hilang Kesan Kotoran Pada Sofa, Guna Penutup Periuk Je. Hilang Macam MAGIK!

LAMPU KUNING ATAU PUTIH, MANA LEBIH BANYAK TARIK PERHATIAN SERANGGA

lampu kuning

Gambar: Muhd Hisyam

Lampu kuning rumah jiran, lampu putih rumah saya. Apabila diperhatikan cicak suka dengan lampu putih, penuh taik cicak di bawah itu. Rumah jiran tiada pula cicak sebab dia tak suka lampu kuning atau binatang terbang makanan dia tu yang tak suka.

JENIS LAMPU & TIPS MEMBELI LAMPU RUMAH

Berikutan itu, hantaran tersebut telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang berkongsikan banyak info menarik untuk manfaat bersama. Antaranya adalah info yang dikongsikan saudara Khair Itam, berkaitan konsep cahaya lampu secara teknologi dan biologi.

KONSEP LAMPU SECARA TEKNOLOGI & BIOLOGI

Teknologinya:

  • Lampu pijar dan pendaflour beri cahaya putih puncak, bersama-sama warna-warna lain pada kadar rendah.
  • Lampu LED putih sebenarnya terdiri daripada 3 jenis LED (merah, hijau, biru) yang di mana, 3 cahaya LED bergabung jadi satu (putih).
  • Lampu LED beri cahaya puncak putih dalam kelompok warna terhad (narrow band) warna lain.

Biologinya:

  • Serangga lebih tertarik kepada cahaya putih, menghala ke gelombang biru UV (band warna 6k~10k) kerana mata mereka lebih nampak dalam pencahayaan itu
  • Maka, lebih banyak lah serangga terbang ke arah cahaya seperti itu berbanding cahaya LED kuning (band warna 3k~5k)
  • Serangga ialah makanan cicak
  • Maka, tentulah cicak akan berkumpul ditempat yang banyak makanannya yang membuatkan lebih banyak cicak ke pencahayaan putih LED

(Tambahan) Biologi Manusia

Tambahan pula, Khair Itam juga berkongsikan maklumat lanjut tentang penggunaan lampu kereta.

Kenapa lampu kereta yang warnanya putih nampak kelam, terutama di waktu hujan? Lalu pengguna ini terpaksa pakai lampu putih berkuasa tinggi (yang mengakibatkan silau mata kepada pemandu kereta bertentangan).

Hal ini kerana, struktur retina mata (pengesan cahaya) kurang peka terhad jalur cahaya putih (terutama band warna 6.5k~10k). Mata kita lebih peka kepada jalur warna kekuningan (band warna 3k~5k) berbanding putih.

Jika diberikan 2 lampu 10W, satu dari band 3k~5k (kekuningan) dan lagi satu dari band 6.5k~10k (putih), mata kita akan cerap lampu kekuningan lebih terang.

Jadi, anda yang mencari lampu putih kereta terpaling terang tak perlu lah menyusahkan diri dan pemandu kereta lain. Selain merosakkan ringgit, juga merosakkan pemandangan pemandu lain. Terbaik ialah lampu kereta kekuningan, selain terang ia juga akan redakan silau pemandu lain.

Baca juga: Wow! Tak Sangka 7 Teknik ‘Tersembunyi’ Ini Sangat Berguna & Mudahkan Kehidupan Harian!

Penggunaan LED putih pada lampu jalan

Malah, beliau juga menjawab persoalan di komennya:

“Kenapa gajah, harimau, tapir takut lampu LED putih. Taman dekat sini semua ganti LED putih.”

Jawapannya adalah:

  • Mereka bukan takut
  • Mata haiwan ini terlebih banyak pencerap keamatan cahaya yang dipanggil rods (bukan pencerap warna yang dipanggil cones), berbanding manusia
  • Itu sebab penglihatannya tajam sewaktu gelap
  • Kalau disuluhkan cahaya terang yang terfokus tentu lah pencerap keamatan cahaya di dalam matanya overload, yang menyebabkannya buta seketika
  • Pada siang hari harimau lebih suka tempat teduh, kerana cahaya matahari buatkannya sedikit rabun.
  • Manusia pon, jika disuluhkan lampu LED ke mata boleh jadi buta

Baca juga: Cara DIY Cermin Mata Elak Kabus, Suhu Air Main Peranan!

Selain itu, komen dari saudara Ya Seam juga menarik perhatian penulis untuk dikongsikan di sini, yang menerangkan jenis-jenis lampu dan tips membeli lampu rumah.

lampu kuning

Gambar: Ya Seam

Tiga jenis warna lampu:

  • Daylight (warna lampu kalimantang/putih kapas)
  • Cool white (warna lampu halogen & LED/putih mutiara/putih gigi)
  • Warm white (warna lampu filamen/lampu pijar/kekuningan)

Kalau pergi kedai lampu, kena guna terminologi ini untuk dapatkan warna yang tepat dan tak salah pilih. Jangan lupa minta staf kedai, test dulu warna dan fungsi lampu sebelum pergi bayar.

Sekarang sudah banyak lampu LED yang boleh tukar ketiga-tiga warna ini menggunakan remote control sahaja. Tidak perlu tukar mentol berbeza untuk dapatkan warna berbeza.

Menariknya lagi, Ya Seam turut menjelaskan perbezaan warna lampu tidak mempengaruhi kadar penggunaan elektrik kerana ia bergantung watts pada sesuatu mentol itu.

Dari segi warna, ikut preference individu juga. Dari segi penjimatan, ikut berapa watts mentol itu. Warna berbeza pun, kalau masih guna mentol 15 watts, penggunaan eletrik tetap sama tak kira warna apa.

Baca juga: DIY Aksesori HARI MERDEKA. Sanggul Lintang, Sampin & Tanjak Anak, Jimat & Murah!

Sumber: Muhd Hisyam via Tukang Apa Hari Ini

FT Image: chemfree / termikill

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×