Deko & Hias

Wow! Tak Sangka 7 Teknik ‘Tersembunyi’ Ini Sangat Berguna & Mudahkan Kehidupan Harian!

5
SHARES
life hacks

Kita mungkin telah diajar untuk melakukan perkara tertentu dengan cara yang salah. Tidak mengapa kerana masih belum terlambat untuk berubah dan mempelajari perkara baharu yang boleh memudahkan hidup dengan mengikuti life hacks di bawah.

Daripada cara memastikan telefon sentiasa kering di tepi kolam sehinggalah cara terbaik untuk air kekal sejuk semasa dalam perjalanan, artikel ini mempunyai semua hacks rumah diperlukan! Siapa sangka menguruskan rumah tangga boleh jadi begitu mudah dengan idea-idea tersebut.

Baca juga: Cara DIY Cermin Mata Elak Kabus, Suhu Air Main Peranan!

LIFE HACKS

life hacks

Gambar: apartmenttheraphy

1. Tab kecil pada lubang tin

Anda mungkin telah melihat tab kecil semasa membuka tin dan tertanya-tanya untuk apa lubang tersebut? Tab kecil itu sebenarnya digunakan sebagai pemegang straw.

  • Cuma pusingkan pemegang di atas lubang tin
  • Letakkan penyedut minuman anda di dalamnya

Kini, anda boleh menghirup minuman dengan selesa tanpa perlu memegang straw.

2. Kotak jus untuk kanak-kanak

Kanak-kanak yang kecil masih belajar untuk menguasai kawalan motor mereka. Itulah sebabnya apabila anda memberi mereka kotak jus, ada kemungkinan mereka akan memegang kotak terlalu kuat menyebabkan jus memancut ke mana-mana.

Apa yang mungkin mengejutkan, terdapat penyelesaian mudah untuk situasi ini:

  • Hanya tarik keluar kepak lipatan di bahagian bawah kotak jus supaya anak kecil boleh memegangnya sambil menghirup minuman mereka

3. Botol air sejuk lebih lamatin

Semasa cuaca panas, mungkin sukar untuk memastikan botol air berada dalam keadaan sejuk. Walaupun, anda boleh memasukkan beberapa ketul ais ke dalamnya sebelum keluar rumah, tetapi ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk suhunya jadi biasa.

Jadi cara botol minuman kekal sejuk adalah:

  • Mengisi separuh air dalam botol
  • Kemudian, meletakkannya di dalam peti sejuk pada waktu malam sebelumnya
  • Esoknya, mengisi baki botol dengan air minuman anda
  • Ini akan menjadikan minuman anda lebih sejuk dan lebih lama

4. Penunjuk tangki minyak kereta

life hacks

Gambar: Ride Icon

Ini biasa berlaku kepada pemilik kereta baharu, di mana perkara terakhir yang anda fikirkan ialah di sebelah mana tangki minyak berada. Mungkin kerana, anda lebih tertarik dengan reka bentuk dan fungsi sistem dalaman kereta.

Sekiranya anda ragu-ragu, semak penunjuk tangki minyak pada dashboard kereta. Anak panah atau segitiga kecil di sebelah tolok gas akan menunjukkan sebelah mana tangki itu berada.

Jadi, jika ia menghala ke kanan anda harus meletakkan kereta dengan sebelah kanan menghadap pam gas.

Baca juga: Cara Basuh Seluar Jeans Supaya Tak Cepat Lusuh, Nampak Macam Baru!

5. Pek ais span

Selain membeli pek ais di pasaran, ada cara lain untuk menghasilkannya jika ia tiada di rumah iaitu dengan menggunakan span.

  • Letakkan span dalam beg yang boleh dikedap
  • Isi dengan air dan tutupnya
  • Kemudian letakkannya di dalam peti sejuk
  • Bungkus span beku dalam kain nipis
  • Letakkan pada bahagian badan yang cedera dan sebagainya

Selain itu, boleh juga digunakan untuk lebam dan mengelakkan kantung mata. Malah, boleh membungkusnya dalam kotak makan tengah hari anak, jadi pencuci mulut itu kekal sejuk sehingga waktu rehat!

6. Kerajang aluminium (aluminium foil)

life hacks

Gambar: Brain Sharper

Ramai menggunakan kerajang aluminium semasa memasak dan semasa menyimpan makanan. Tetapi selalunya sukar untuk mengeluarkannya dari kotak tanpa ia terurai di mana-mana dan jatuh ke atas lantai.

Terdapat sedikit tips untuk menjadikan ia keluar dari kotak lebih mudah:

  • Terdapat tab kecil di sisi bungkusan
  • Anda akan melihat “tekan di sini untuk mengunci gulungan (press here to lock roll)”
  • Cuba tekan.

Tab itu akan mengawal gulungan semasa mengeluarkan kerajang aluminium mengikut panjang yang anda mahu. Ia akan memastikan kerajang bersih dan menghalangnya daripada mendarat di lantai dapur.

7. Telefon kalis air

Bagi memastikan telefon, kunci dan barang berharga anda kering dan bebas pasir sekiranya anda berada di kawasan berair. Di sini lah, fungsi balang plastik kosong!

  • Bersihkan balang
  • Biarkan ia kering sebelum meletakkan barang berharga di dalamnya

Boleh lah anda berseronok dengan jaminan barang-barang anda selamat sekiranya terkena percikan air.

Baca juga: Baju Putih Bertukar Warna? Cuci Guna 1 Bahan Magik Ini, Auto Hilang Nampak Baru!

Sumber: travelerdoor

FT Image: love-takes-work.tumblr.com / fancycrave

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×