Deko & Hias

Cara DIY Cermin Mata Elak Kabus, Suhu Air Main Peranan!

8
SHARES
tips cuci cermin mata

Sekiranya anda merupakan individu yang memakai cermin mata, anda mesti tahu betapa menjengkelkan situasi ini, di mana ia sentiasa berkabus. Oleh itu, anda tak perlu risau lagi kerana di bawah mempunyai tips cuci cermin mata yang boleh anda praktikkan.

Cermin mata bertambah bersih dan penglihatan pun bertambah jelas. Hanya menggunakan sedikit sabun dan mengetahui suhu air yang bersesuaian, anda boleh memiliki cermin mata tanpa kabus dalam masa kurang dari satu minit!

Baca juga: Cara Basuh Seluar Jeans Supaya Tak Cepat Lusuh, Nampak Macam Baru!

TIPS CUCI CERMIN MATA

tips cuci cermin mata

Gambar: Clearly

1. Bilas kanta kaca mata

  • Pergi ke sinki dan pegang cermin mata di bawah air yang mengalir.
  • Biarkan air membasuh bahagian hadapan kanta dan kemudian terbalikkannya untuk membilas bahagian lain.
  • Ini akan mengeluarkan sebarang kotoran permukaan dari cermin mata anda.
  • Anda boleh membilasnya dengan air panas atau sejuk, malah apa-apa suhu pun tidak mengapa.

2. Gosokkan sedikit sabun tangan pada kanta

  • Semburkan sedikit sabun tangan pada jari anda dan gosokkan ke dalam kanta.
  • Balikkan kanta dan ulangi proses ini di sisi lain.
  • Sapukan sabun ke sekeliling kanta dengan gerakan bulat untuk meliputi keseluruhan bahagiannya.
  • Sabun akan meninggalkan bahan berlapis selepas anda mencucinya, di mana ia melindungi kanta daripada berkabus.
tips cuci cermin mata

Gambar: Clearly

3. Bilas kanta

  • Pegang cermin mata di bawah air untuk membilas sabun.
  • Dan ulang lagi sekali biar ia benar-benar hilang sabun.
  • Balikkan cermin mata anda untuk membilas sabun dari kedua-dua belah.
  • Kemudian, goncangkan cermin mata dengan cepat untuk mengeluarkan sebarang air yang berlebihan.

4. Keringkan kanta dengan kain

  • Ambil kain microfiber dan lap cermin mata sehingga kering.
  • Pegang cermin mata pada bingkai semasa anda mengeringkan kanta untuk mengelakkan kesan comot.
  • Anda juga boleh membiarkannya kering sendiri jika tidak tergesa-gesa.
  • Setelah cermin mata anda kering, boleh lah anda menggayakannya semula.
  • Kanta anda tidak akan berkabus lagi semasa anda memakai cermin mata.

Baca juga: Baju Putih Bertukar Warna? Cuci Guna 1 Bahan Magik Ini, Auto Hilang Nampak Baru!

Sumber: WikiHow

FT Image: vintageceiling

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×