Sihat

Jangan Buat Main & Dibiarkan Sahaja Mata Kering, Boleh Ada Komplikasi Tau!

18
SHARES
mata kering

Penulis percaya ramai yang pernah mengalami keadaan mata kering ini. Menurut Doktor Erna Nadia, mata kering berlaku disebabkan oleh sama ada kurang penghasilan cecair dalam mata atau kelenjar tersumbat.

Hal ini boleh menyebabkan penglihatan jadi terganggu dan berasa tidak selesa. Justeru itu, mari ketahui masalah mata kering dengan lebih mendalam berkaitan dengan punca, faktor risiko, simptom dan cara mengatasinya. Jom baca!

Baca juga: Cara Melegakan Senggugut Teruk & Haid Tak Teratur, Minum Air Ini 1x Sebulan!

MATA KERING

mata kering

PUNCA MATA KERING

Mata kering disebabkan oleh sama ada kurang penghasilan cecair dalam mata atau kelenjar tersumbat, di mana faktor penyebab adalah disebabkan oleh:

  1. Penuaan. Makin bertambah umur, makin kurang cecair dihasilkan.
  2. Sesetengah masalah kesihatan seperti masalah tiroid, lupus scleroderma, penyakit rheumatoid, allergic eye disease.
  3. Penggunaan sesetengah ubat seperti ubat antihistamine, ubat hormon, antidepressant, ubat jerawat, ubat untuk darah tinggi, ubat Parkinson.
  4. Corneal nerve desensivity seperti penggunaan lens yang salah atau terlalu lama, atau komplikasi dari laser eye treatment.
  5. Masalah pada dalaman mata sepertu kelenjar tersumbat.
  6. Kurang mengelipkan mata. Mata kena berkelip lebih 30 kali seminit. Kalau tak, memang mudah kering.
  7. Kandungan pengawet dalam ubat titis mata.
  8. Selalu tengok gajet seperti hp, laptop dalam gelap,atau memandu lama dan fokus sampai lupa nak kelip mata.
  9. Masalah mata.
  10. Kekurangan vitamin terutamanya vitamin A.

Masalah mata kering ini memang selalu berlaku dan ramai yang ambil mudah masalah ini. Lama kelamaan masalah mata jadi makin teruk dan boleh bawa komplikasi; mata jadi rabun, mata terkena jangkitan kuman, mata jadi buta.

FAKTOR RISIKO & SIMPTOM MATA MENJADI KERING

Faktor risiko yang ada adalah:

  1. Umur lebih 50 tahun.
  2. Wanita lebih berisiko berbanding lelaki terutama selepas bersalin, penggunaan ubat hormon dan perancang.
  3. Pemakanan yang kurang ada zat vitamin A.
  4. Memakai contact lens.

Simptom dia pula adalah:

  1. Mata merah.
  2. Rasa sakit/pedih/ tak selesa dalam mata.
  3. Sensitif kepada cahaya.
  4. Rasa ada sesuatu dalam mata.
  5. Susah memandu waktu malam – silau.
  6. Mata jadi kabur.
  7. Mata berair atau kerap berair.
  8. Selalu ada taik mata di sekeliling kelopak mata.

CARA MENGATASI MATA KERING

mata kering

Jadi, macam mana cara nak elak atau atasi mata kering ni?

  1. Rajinkan diri mengelip mata. Jangan la tenung sesuatu tu lama sangat.
  2. Janganlah tengok hp atau buat kerja dalam gelap.
  3. Jangan tenyeh-tenyeh mata.
  4. Jangan meniup mata sendiri atau orang lain.
  5. Pastikan pengudaraan sekeliling lembab dan bagus. Kalau perlu berkerja di bawah terik mentari pakai sunglasses.
  6. Pastikan screen komputer/laptop adalah di bawah paras mata sedikit. Kalau perlu dongak untuk tengok tv atau pc, laraskan ke bawah sikit.
  7. Jika perlu berkerja hadap pc lama, take regular break between task. Sebab tu eloknya setiap setengah jam atau sejam, bangun dari tempat duduk dan buat stretching.
  8. Berhentilah merokok dan elakkan asap tak kira asap rokok atau asap kenderaan.
  9. Jangan main beli ubatan seperti antihistamine atau ubat hormon. Pastikan berjumpa doktor dulu supaya anda tak overdose.
  10. Gunalah ubat artificial tears sekerapnya jika anda sudah didiagnos dengan masalah mata kering.

Jagalah mata sebaiknya ya. Biar mata tak kering, hati pun tak kering. Apa apa yang kering ini tak bagus.

Kalau hati kering, kita basahkan dengan zikrullah dan taubat. Kalau mata kering, kita basahkan dengan ubah gaya hidup jadi sehat. Kalau badan kering, kita belajar untuk makan dan bersenam dengan betul. Kalau poket kering, kita kena kerja kuat sikit dan berjimat lebih sikit.

Dr. Erna Nadia.

Sumber: Facebook Erna Nadia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×