Sihat

Cara Melegakan Senggugut Teruk & Haid Tak Teratur, Minum Air Ini 1x Sebulan!

2
SHARES
cara melegakan senggugut teruk

Sakit senggugut ketika datang haid boleh terjadi kepada para wanita dalam pelbagai peringkat kesakitan. Maka, disebabkan itu dalam usaha mencari cara melegakan senggugut teruk, anda mungkin boleh usahakan dengan minum minuman ini.

Hal ini kerana, terdapat individu yang hanya rasa sakit senggugut yang biasa sahaja hingga lah ke tahap sakit teruk sehingga tidak boleh berdiri langsung. Selain dapat melegakan senggugut, air ini juga boleh melancarkan haid yang tidak teratur, menurut Puan Nurli Suryani Zakaria yang telah mengamalkan minuman ini.

Jom cuba amalkan!

Baca juga: Rasa Kerap Letih Badan, Masa Mandi Pakai 1 Bahan Mujarab Ini!

CARA MELEGAKAN SENGGUGUT TERUK

cara melegakan senggugut teruk

Alhamdulillah, dah dua kali Sue amalkan minuman ini setiap kali selepas period. Minuman ini kena minum sekali sebulan sahaja ya. Iaitu sebelum period atau selepas period. Jadi, Sue pilih minum ini selepas period sebab nak bersihkan balik dalaman rahim selepas proses haid.

Biasa setiap kali period, memang Sue senggugut. Terlalu kuat senggugut, sakit yang amat sampai tidak boleh nak bangun. Dan period Sue pun kadang lewat 7 hari, kadang lewat 12 hari..

Jadi, semenjak Sue amalkan minuman ini, dah tidak senggugut dan period pun teratur lancar sahaja. Alhamdulillah! Okey, macam mana nak buat minuman ini? Hanya sediakan…

BAHAN-BAHAN & CARA PENYEDIAAN:

  • Serai 2 batang
  • Daun pandan 2 helai
  • Halia sebesar ibu jari
  • Kunyit sebesar ibu jari
  • Madu 1 sudu atau gula batu 2-3 ketul
  • Air 3 cawan
  1. Rebus semua bahan di atas sampai air jadi 1 cawan sahaja.
  2. Minum waktu minuman dah suam.

TAMBAHAN INFO:

  1. Bagi masalah keputihan, tambahkan daun sireh 2 helai.
  2. Bagi yang nak merapatkan, tambahkan 1 biji manjakani (tidak sesuai untuk anak dara).

PERINGATAN PENTING!

‘HANYA MINUM 1 KALI SAHAJA SEBULAN’

Kita hanya ikhtiar, Allah SWT yang menentukan. Insha Allah, bagi yang ada masalah senggugut, period tidak teratur dan angin dalam badan, boleh cuba cara ini ok.

Sumber: Facebook NurliSuryani Zakaria via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×