Sakit senggugut atau ‘period pain’ adalah fenomena biasa berlaku pada wanita. Namun, jika sakit senggugut menjadi lebih teruk, ia mungkin isyarat bahawa anda mempunyai masalah yang serius. Berikut adalah lima tanda yang menunjukkan sakit senggugut tidak normal dan anda perlu berjumpa dengan doktor.
Baca juga: 7 Posisi Senggama Orang Perempuan Paling Suka, Tak Payah Malu-Malu Minta Suami Cuba!
SAKIT SENGGUGUT TIDAK NORMAL, INI 5 TANDANYA
Melalu perkongsian dari Pakar Sakit Puan, Doktor R Juhaidah, terdapat 5 tanda sakit senggugut tidak normal yang perlu para wanita perhatikan.
1. Sakit yang terlalu teruk sehingga perlu ambil sijil sakit
Tahap kesakitan senggugut yang ini menyukarkan anda membuat kerja harian dan memerlukan anda berbaring. Keadaan ini merupakan tanda sakit senggugut tidak normal.
2. Ubat penahan sakit biasa tidak lagi mujarab
Kebiasaannya, sakit senggugut mudah dirawat dengan ubat ibuprofen atau acetaminophen. Sekiranya, ubat-ubatan biasa ini tidak dapat membendung kesakitan anda, ia sudah menjadi tanda yang serius.
3. Mengalami sakit pelvis yang tidak berkaitan dengan haid
Menurut Dr. R Juhaidah, rasa berdenyut berterusan pada pelvis dan pinggul yang boleh menganggu tidur dan kehidupan harian merupakan petanda serius. Jangan keliru dengan sakit OVULASI yang kerap terjadi ditengah bulan.
Baca juga: Tak Selesa Nak Kencing Bila Ulser Muncul Di Faraj, Ini Punca & Cara Atasi!
4. Hubungan seks jadi menyakitkan
Apabila hubungan seks memberikan kesakitan ketara semasa penetrasi, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena dalam pelvis anda. Sepatutnya aktiviti seks itu merupakan perkara yang menyeronokkan.
5. Senggugut lebih daripada 3 hari
Dikatakan senggugut normal adalah pada 1-2 hari pertama haid. Namun, jika ia berterusan selama 4 hingga 5 hari atau senggugut berlaku sebelum haid bermula, ia mungkin petanda anda mengalami masalah serius pada pelvis.
Selain itu, haid yang teruk dan kerap boleh disebabkan oleh:
- Endometriosis
- Fibroids
- Adenomyosis
- Alat IUD
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk menjalani ujian Ultrasound vagina supaya isu kesihatan ini dapat ditangani dengan segera.
Baca juga: 6 Tips Berenang Ketika Haid Wanita Perlu Patuh, Baru Air Tak Tercemar Darah!
Sumber: Alam Hamil Blog
FT Image: diana.grytsku