Sihat

Tak Selesa Nak Kencing Bila Ulser Muncul Di Faraj, Ini Punca & Cara Atasi!

31
SHARES
ulser di faraj

Ulser kemaluan, ulser di faraj atau vulvar ulcer adalah kudis menjejaskan vulva, yang merupakan bahagian luar alat kelamin wanita. Kudis ini mungkin sangat menyakitkan, atau mungkin tidak menyakitkan sama sekali.

Justeru itu, bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ulser di faraj, ikuti penerangan lanjut yang dikeluarkan oleh Doctor On Call.

Baca juga: Elak Leher Tergeliat, Ini 5 Tips Pilih Isi Bantal Yang Betul & Sihat Ikut Posisi Tidur!

ULSER DI FARAJ (VULVA ULCER)

ulser di faraj

Gambar: pikisuperstar

Menurut Doktor Pengamal Perubatan Am, Dr. Sri Viknarajan terdapat beberapa punca yang menyebabkan ulser di faraj berlaku.

Punca ulser faraj

Masalah ulser di faraj boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:

  • Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
  • Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj dan menyebabkan ulser
  • Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex

Cara mengatasi ulser di faraj

Malah, beliau juga menyarankan beberapa cara untuk mengatasinya. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:

  • Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
  • Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
  • Kerap tukar pakaian dalam anda

Baca juga: Alamak Risau! Kondom Tersekat Dalam Faraj, Bertenang Ikut Cara Ini

Kesimpulan

Sekiranya anda mendapati terdapat ulser di faraj, segeralah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan perubatan daripada doktor agar anda tidak berasa selesa ketika membuang air kecil.

Biarpun begitu, ada sesetengah kes ulser di faraj semakin bertambah sehingga pedih ketika kencing selepas mendapatkan rawatan perubatan. Selain punca ulser di faraj, hal ini kemungkinan disebabkan oleh:

  • Trauma pada bahagian saluran kencing anda
  • Jangkitan pada saluran kencing. Mungkin tahap kecederaan anda selepas kemalangan menyebabkan anda sukar ke tandas dan ini boleh meningkatkan risiko jangkitan
  • Batu karang atau batu di dalam pundi kencing
  • Masalah pada prostat sama ada tercedera atau bengkak

Bagi mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Baca juga: 7 Cara Hilangkan Rasa Ngilu Gigi Berlubang, Semua Guna Bahan Mudah & Semula Jadi

Sumber: Doctor On Call

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×