Cantik

Tips Cebok Kemaluan Wanita Dengan Betul, Baru Suci Bersih & Segar!

11
SHARES
tips cuci kemaluan wanita

Kawasan kemaluan wanita merupakan antara tempat penting yang perlu dijaga dengan baik kerana di situ berlakunya proses mengeluarkan najis, darah haid dan melakukan hubungan seks. Justeru itu, penulis ingin kongsikan tips cuci kemaluan wanita dengan betul dan bersih, terutamanya sebagai panduan para gadis di luar sana yang sedang membesar.

Ikuti perkongsian yang bersumberkan laman Lemon8 ini.

Baca juga: Air Rebusan Cuci RAHIM Lepas Haid, Minum Sebulan Sekali Badan Ringan Macam Kapas!

TIPS CUCI KEMALUAN WANITA

tips cuci kemaluan wanita

Gambar: aiwhcincinnati

Menjaga dan merawat kesihatan organ reproduksi sangat penting untuk wanita. Salah satu aktiviti yang dilakukan setiap hari yang berhubungan dengan kesihatan organ ini adalah mencebok atau membersihkan kawasan kemaluan setelah membuang air kecil.

Biarpun, sebilangan orang mungkin menganggap ia sebagai aktiviti remeh namun, masih ramai yang belum faham terhadap konsep membersihkan kawasan kemaluan dengan baik dan betul. Mari ikuti langkah-langkah mencuci kemaluan wanita dengan betul di bawah.

Langkah-langkah mencuci kemaluan wanita dengan betul

  1. Cuci tangan sebelum menyentuh kawasan kemaluan.
  2. Tidak dianjurkan rutin menggunakan sabun dengan kandungan pewangi atau alkohol untuk membersihkan kawasan kemaluan kerana dapat mengganggu ph normal faraj.
  3. Selalu bersihkan kawasan kemaluan dengan air bersih.
  4. Bersihkan kawasan kemaluan dengan usapan lembut sambil dihalakan air dari depan ke belakang atau dari lubang uretra ke lubang anus, bukan sebaliknya.
  5. Selalu pastikan kawasan kemaluan kering sebelum memakai seluar dalam, gunakan kain kapas yang menyerap peluh serta rutin mencukur bulu kemaluan setelah habis haid pada setiap bulan.

Baca juga: Cara Basuh Kemaluan Lelaki & Perempuan Menurut Islam, Beribadat Pun Tak Rasa Was Was

Fahami anatomi tubuh di kawasan kemaluan

Kalau nak tahu, di kawasan kemaluan wanita terdapat 3 lubang yang memiliki fungsinya tersendiri.

  • Uretra – Merupakan lubang mengeluarkan air kencing yang terletak paling atas di antara 3 lubang di kawasan kemaluan.
  • Faraj – Lubang faraj adalah lubang yang berada di tengah untuk melakukan hubungan seks dan keluarnya darah haid.
  • Anus – Dikenali juga sebagai lubang dubur atau lubang punggung, yang mengeluarkan najis berak.

Baca juga: Ini Ciri-Ciri Seluar Dalam Yang Perlu Tukar, Takkan Nak Tunggu Berlubang Kot?

Sumber: lemon8

FT Image: mazaaida

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×