Sihat

Cara Guna Air Garam Untuk Jaga Kebersihan Faraj & Kelebihannya!

19
SHARES
penjagaan kebersihan faraj

Penjagaan faraj wanita amatlah penting kerana ia merupakan kawasan sensitif yang perlu dilindungi. Selain menggunakan air bersih, pernah kah anda dengar penjagaan kebersihan faraj wanita dengan menggunakan air garam?

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, teruskan pembacaan anda mengenai penjagaan kebersihan faraj wanita dari Doktor Pakar Sakit Puan, Doktor Hamid Arshat dan Hello Sehat.

Baca juga: Tidur Cukup 7 Jam Tapi Bila Bangun Masih Penat, Amalkan 5 Tips Ini!

PENJAGAAN KEBERSIHAN FARAJ WANITA GUNA AIR GARAM

penjagaan kebersihan faraj

Gambar: Freepik

Melalui perkongsian video Dr Hamid Arshat, membersih dengan air biasa adalah sangat baik dan digalakkan kerana ia kaedah paling selamat. Namun, faraj juga boleh dicuci dengan menggunakan air garam atau saline douching.

Penjagaan faraj menggunakan air garam

Menurut Dr Hamid Arshat, salah satu langkah membersihkan faraj bagi mengelakkan jangkitan kuman adalah menggunakan air garam. Bahan-bahan dan langkah-langkahnya seperti berikut:

  • 1 gelas air suam
  • 1 sudu besar garam halus
  • Kapas
  • Sarung tangan (glove)
  • Cawan pakai buang
  • Vaseline
  1. Sediakan cawan pakai buang yang bersih.
  2. Kemudian, campurkan garam halus bersama air suam untuk dilarutkan di dalam cawan tersebut.
  3. Pakai sarung tangan sebagai langkah kebersihan.
  4. Lumurkan vaselin pada jari sebagai pelincir dan ambil kapas sebelum dicelupkan ke dalam air garam.
  5. Setelah itu, keluarkan kapas dan sapukan di kawasan faraj anda.
  6. Ulang langkah yang sama dalam empat hingga lima kali.

Dr Hamid Arshat menyatakan, waktu yang sesuai untuk menggunakan kaedah ini adalah pada mandi petang. Hal ini kerana, sekurang-kurangnya jika melakukan hubungan intim pada waktu malam, kawasan kemaluan bersih daripada jangkitan kuman dan memudahkan untuk hamil.

Ujarnya lagi, amalan begini sangat baik untuk menjaga kebersihan faraj. Penggunaan air garam adalah natural, tiada bahan kimia dan sangat organik.

Baca juga: 5 Cara Pilih Bra Untuk Payudara Besar, Baru Selesa & Ringan Bila Bawa Badan!

Manfaat air garam dalam penjagaan kebersihan faraj

penjagaan kebersihan faraj

Gambar: 8photo

Sementara itu, dipetik dari laman Hello Sehat, air garam merupakan cara tradisional atau turun-temurun. Di mana, garam dipercayai mengangungi zat yang berkesan untuk mengatasi mikroorganisma yang menyebabkan kegatalan.

Selain mengandungi natrium dan klorin, beberapa jenis garam yang berasal dari laut juga mengandungi magnesium sulfat yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat. Namun, jenis garam yang dianggap lebih baik adalah garam Epsom kerana ia mempunyai kandungan magnesium yang lebih tinggi.

Mengikut kajian dari Journal of the American Academy of Dermatology, daripada 219 penghidap psoriasis yang menggunakan bahan semulajadi, 17% lelaki dan 7,8% wanita mengatakan bahawa garam Epsom berkesan dalam melegakan gejala gatal yang mereka alami.

Kesimpulan

Meskipun begitu, anda perlu tahu bahawa kaedah semula jadi tidak bermakna bebas daripada kesan sampingan atau risiko. Begitu juga apabila anda menggunakan air garam untuk penjagaan kebersihan faraj wanita.

Antara kesan sampingan yang mungkin dihadapi adalah:

  • Kulit semakin gatal
  • Mematikan bakteria baik pada faraj
  • Tiada dos yang pasti apabila diukur sendiri bahannya
  • Kulit faraj tidak serasi dengan air garam
  • Keberkesanannya masih perlu dikaji

Walaupun boleh digunakan untuk melegakan kegatalan, adalah lebih baik anda berwaspada. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan air garam sebagai pencuci kebersihan faraj anda. Hal ini kerana, setiap individu mempunyai sensitiviti kulit yang berbeza.

Baca juga: Jangan Panik! Ini Langkah Awal Ibu Bapa Boleh Buat Bila Anak Sawan Demam

Sumber: Dr Hamid Arshat / Hello Sehat /

FT Image: ReggieLavoieGettyImage / Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×